Pages

Monday, December 19, 2011

Tolong Sayeeeee~~~~

Salam u olls...

Sorry utk kali ni takda info menarik.
sedih and I feel bad.

Apa yang harus aku lakukan sekarang???

Sharekan kat sy info2 untuk sy hilangkan kesedihan. Dis one antara tips nya.



Baca buku ini.

Semoga perkongsian anda memberi hidayah pada yg lain. InsyAllah.
Im feeling so sad. Tak caye tgokla fb sy. :'(

posted from Bloggeroid

Thursday, December 15, 2011

Bloggeroid - Blog dalam telefon bimbit

Salam,

Hari ni saya xda ape nak share sangat.

By the way, today my first day saya write post guna my samsung galaxy mini. Well, if this post success. Teruja lah daku sambil buat muka bangga camni (^___^).

Jangan jealous u oll boleh guna hp yg ade android as their OS. Find 'bloggeroid' kat market and download. Huhu settle

Semudah ABC kan....




P/s: sume mmg teruja klo pakai gadget baru. Huhu ^.^

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 06, 2011

Jenis perniagaan dari rumah

Salam, 
Saya baru je tender resign letter di sebabkan nak terima program usahawan selama sebulan. Saya dah abis fikir panjang, tetapi program itu di tangguh pada bulan Januari 2012. Memang sedih sebab saya baru melepaskan kerja dan hasil duit makan saya selama sebulan mcm tu je. Apepun saya bersyukur masih mendapat sokongan ramai, terutama dari keluarga saya. Terima kasih semua. Tak kan ada buruk sangka lagi. Korang sume memang terbaik. Di saat saya rasa "down", korang "support". Semoga Allah membalas jasa baik korang.

~ Jadi lepas 4 hari berlalu, saya perlu lakukan sesuatu, saya ada kemahiran, cume bermasalahkan modal, tapi takpe, modal bukan soal yg penting. Perancangan sekarang dan akan datang tu yang penting. So kite proceed kepada lebih detail lagi:

Perniagaan yang boleh dijalankan di rumah bukan semestinya boleh dilakukan oleh semua orang. Anda boleh menjalankan perniagaan anda di rumah walaupun anda seorang kanak-kanak, tua, lelaki atau perempuan. Anda boleh berjaya sekiranya anda mempunyai pelan perancangan, idea, kesihatan dan komitmen yang bersungguh-sungguh. Anda juga boleh berjaya jika mendapat sokongan daripada orang yang berada di sekitar anda.
Contohnya seperti isteri atau suami dan anak-anak atau ibu bapa dan adik beradik yang akan memberikan bantuan dalam bentuk material dan moral. Mereka perlu memahami kerjaya anda dan sentiasa memberikan sokongan.
Kebanyakan orang sebenarnya amat takut untuk memulakan sesuatu lebih-lebih lagi sekiranya mereka mempunyai pekerjaan yang bergaji tetap sebelumnya. Bayangan kegagalan sentiasa bermain di fikiran dan benak mereka. Untuk berjaya anda perlu bersikap terbuka dan yakin di atas apa yang mahu anda lakukan. Anda juga perlu memastikan yang anda benar-benar yakin dan tahu mengenai perniagaan yang akan anda ceburi itu dan telah anda mempelajarinya.
Setiap usaha baru yang dilakukan anda perlu ada perancangan teliti dan membuat perangkaan pendapatan. Jangan jadikan halangan-halangan awal sebagai pembunuh usaha anda. Sudah pastilah anda akan menemui seribu satu macam karenah dan gelagat para pelanggan anda , hal ini biasa berlaku kerana amat mustahil bagi kita memenuhi semua tuntutan mereka.
Pengalaman dan pengetahuan di dalam bidang yang akan anda ceburi nanti juga merupakan satu perkara penting yang akan menjadi ‘guru’ yang amat bernilai kepada anda kelak. Pendedahan juga amat penting untuk perniagaan anda. Tanpa membuat pendedahan dan memperkenalkan perniagaan anda bermakna tiada gunanya usaha anda itu. Pendedahan yang dimaksudkan merupakan satu tugas yang begitu penting di dalam perniagaan anda, dengan lain perkataan ia disebut iklan.
Sebab itulah peniaga yang berjaya selalunya telah memperuntukkan sebahagian besar belanjawannya untuk tujuan promosi dan iklan sahaja. Mereka akan memberitahu dan memperkenalkan perniagaan mereka dengan meluas sekali. Bakal-bakal pelanggan sudah tentu ingin mengetahui apa yang sedang dijalankan dan bagaimana mereka boleh menghubungi anda kelak.
Cara yang murah untuk membuat iklan ialah dengan mengedarkan risalah/flyer perniagaan anda yang lengkap dengan alamat dan nombor telefon bagi memudahkan mereka menghubungi anda. Jika anda mempunyai kemudahan lain seperti mesin faks, komputer dan internet ini boleh menambahkan lagi keupayaan perniagaan anda di mana anda boleh menjalankan perniagaan secara meluas tanpa sempadan.
Gunakan semua kemudahan dan teknologi perhubungan yang ada jika anda mampu bagi meningkatkan perniagaan anda. Pengiklanan di dalam akhbar dan majalah juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan perniagaan anda dengan kos yang agak murah. Kad-kad perniagaan / business card juga penting. Anda boleh dihubungi dan menghubungi pelanggan dengan pelbagai cara, sama ada secara terus, surat menyurat, telefon, faks, e-mel, internet dan sebagainya.
Perniagaan yang boleh anda ceburi tidak terhad bilangannya dan anda boleh memilih berbagai kategori yang ada. Ramai orang yang memulakan perniagaan tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi, sebaliknya mereka maju dan berkembang melalui fizikal dan mental yang kuat serta modal dalam bentuk wang.
Pemasaran yang lebih mudah akan membantu meningkatkan perniagaan anda dengan lebih cepat lagi. Salah satu cara pemasaran yang mudah, cepat dan popular serta tidak memerlukan kemahiran yang tinggi ialah dengan menggunakan kaedah mail order ataupun menggunanakan kaedah urusniaga pos. Di bawah ini disenaraikan sebahagian daripada cara untuk menjalankan perniagaan dari meja makan di rumah anda.

Juru runding perniagaan
Perkhidmatan simpan kira syarikat (akaun)
Perkhidmatan kesetiausahaan
Perkhidmatan recycle (kitar semula)
Clipping service
Collection service
Perkhidmatan faks
Membuat promosi
Juru gambar
Katering
Merawat bunga / tanaman
Broker maklumat
Data sekuriti
Data masuk
Perunding perisian komputer
Guru komputer
Deejay secara kontrak
Promoter jualan
Broker cetakan
Broker hartanah
Broker kenderaan
Mencuci pangsapuri
Hiasan dalaman / Pengubahsuaian rumah
Ejen lelongan / jualan
Melukis papan iklan
Pengacara
Membaiki paip
Membaiki peralatan elektrik
Menaip
Menjahit
Menggubah bunga
Seni mengandam
Mengajar tusyen
Guru masakan
Menjual lauk pauk
Menjual sarapan pagi
Menyewakan bunga-bungaan
Menyewakan pita video
Guru fotografi
Guru jahitan
Guru sulaman / mengait
Guru musik
Guru nyanyian
Guru agama
Guru quran
Ketabiban
Rawatan tradisional
Mendandan rambut
Servis menjawab telefon
Seminar mutu diri
Membaiki motokar
Membaiki motosikal/basikal
Juru runding kewangan
Menyewakan bilik
Perunding perkahwinan
Mengambil gambar perkahwinan dan keluarga
Menyewakan kenderaan
Mencari barangan antik
Jualan secara parti di rumah
Menjual melalui telefon
Perkhidmatan telefon jarak jauh
Perunding pelancongan
Menghantar barang
Membuat cop getah
Mencetak t-shirt
Membuat perabot
Membuat barangan kraf
Membuat kuih muih
Membuat biskut dan pastri
Melukis
Membuat grafik
Membaiki jeans dan pakaian
Membuat dan menjual aksesori wanita
Membuat dan menjual butang, lencana
Menjual cenderahati
Membuat pagar kayu
Menjual kayu api
Menjadi ejen import eksport
Menjual buah-buahan kampung
Menjual sayur-sayuran
Menjual ikan peliharaan
Melukis pelan rumah / bangunan
Menulis buku
Menulis novel
Menulis surat berita / newsletter
Pemberita bebas
Melukis kartun
Menulis artikel
Agensi pekerjaan
Agensi takaful atau insuran kenderaan / lesen / cukai jualan
Menulis surat rasmi
Mengisi borang rasmi
Menulis petisyen
Menerbitkan panduan hartanah
Typesetting
Penterjemah
Proofreading
Editor
p/s: ape pun niat kita mesti satu, kerja/berniaga ini adalah satu ibadah. 
http://buatbisnes.biz/blog/2010/12/memulakan-perniagaan/

Monday, December 05, 2011

Soal jawab tentang Islam

 info dari rakan yang berkongsi di mukabuku:
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Mengapa?
Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan atau Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.
 
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.
 
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.
 
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.
 
6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Adakah ‘Kami’ lambang ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’ ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, ‘aku’ kata jamaknya ‘kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’. Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’.
 
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?
 
8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.
 
9) Sami Budha menjawab ” Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar”
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”
Kita jawab lagi “habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus”

11) Sami Budha berkata lagi “makan binatang akan dapat banyak penyakit”
Kita jawab “Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.
 
12) Kan khinzir itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan khinzir?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.
 
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah… Bukan sembah Kaabah!
 
14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan benar juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

p/s: Soalan-soalan yg nyatakan di atas sebenarnya memang betul-betul ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam… mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang-panjang. Cukup sekadar ringkas dan padat.

Marah? Aku hanya manusia biasa

Assalamualaikum wrt. brkt.

Kemarahan yang meluap-luap akan membawa perkelahian dan akhirnya permusuhan, mungkin juga penyesalan kerana malu atau sebagainya. Disini sy sertakan "kata-kata hikmah" pedoman buat semua termasuk saya.

Apabila saya marah, saya rasa tak tenang, saya rasa seperti mahu balik ke masa lepas, supaya saya tak membahaskan tentang perkara yang saya marah biarpun saya betul. Saya tak suka pertengkaran tapi kalau saya hanya manusia biasa yang kadang-kadang tidak dapat mengawal marah. Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan memohon ampun atas kesilapan dan kekasaran serta sikap saya yang mungkin kurang di senangi. Saya kongsikan kata-kata hikmah ini untuk muhasabah diri kita bersama.







KATA KATA HIKMAH 

Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.

Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.

Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.

Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.

Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.

Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.

Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.

Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.

Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.

Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.

Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.

Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.

Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.

Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.

Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.

Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.

Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.

Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.

Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.

Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.

Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.
Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.

Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.

Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.

Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.

Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.

Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.

Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.

Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.

Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.

Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.

Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.

Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.

Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.

Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain

Nota kaki:
kadang2 cedih gak dengan sikap ego diri, sbb nak menang. Rasa cam elok lagi klo jadi lawyer.

Wednesday, November 30, 2011

Luahan isi hati padaMU tak di terima?

Salam, pembaca yang dihormati, saya teringat kata-kata seorang ustaz tentang taubat (dalam ceramah dhuha setahun lalu), biarpun kita insan biasa, kita semua harus bertaubat atas setiap kesalahan kita samada kecil apatah lagi yang besar.

Tapi menjadi lebih berat apabila ustaz kata,
 "biarpun ikhlas hati kita bertaubat, dengan sebenar-benar taubat, belum tentu lagi taubat kita diterima ALLAH. itu yang menggentarkan saya"
kata ustaz

Saya menjadi sedikit bingung, sedih dan takut, diam je saya memikirkan dosa saya tak diterima ALLAH? apalah kita ini hanya dosa biasa-biasa aje? Ampunkah ALLAH selepas kami semua benar-benar memohon dan merayu.

Hari ini saya terjawab dengan persoalan saya (setelah setahun), dimanakah titik asalnya yang menjadi punca dosa kita tak terampun setelah kita benar-benar memohon keampunan darinya.

Dr Zaharuddin dalam ceramah beliau tentang isu perbankan dan kewangan islam ada membincangkan tentang RIBA', katanya

"seorang lelaki yang sangat baik, alim, sentiasa beramal telah mengembara. semasa mengembara beliau berhenti  menunaikan solat selepas itu beliau menadah tangan dan berdoa. NAMUN! doanya itu tidak termakbul"

Dr berhenti bercerita, APAKAH yang menjadi PUNCA doa pengembara mulia itu TIDAK DITERIMA?

YA... inilah jawapannya, sedang kita tidak berhati-hati dalam urusan jual beli dan pinjam meminjam kita, maka tanpa kita sedari transaksi yang melibatkan RIBA' berlaku.

Ayuh semua kita belajar ilmu tentang RIBA' ini. bukan untuk krusus melanjutkan pelajaran. Tapi menjadi mata pelajaran/krusus atau ilmu wajib yg perlu kita ketahui.

"biarpun pengembara itu telah memohon dalam waktu-waktu atau keadaan yang boleh menyebabkan DOA nya termakbul (doa seorang musafir dan mengangkatkan tangan dan doa orang yang solat), tapi doa beliau tetap di halang. Ini adalah kerana bajunya, makannya adalah berunsurkan riba'. Nauzubillah. Betapa dasyatnya DOSA RIBA' apabila ade pendapat ulama' mengatakan kemungkinan solat seseorang tidak di terima kerana RIBA' tadi, maka doanya turut di tidak terima"

sambung DR. Tambahnya lagi, sebaik-baiknya apabila kita telah mengetahui sesuatu yang penting ini, hendaklah kita sampaikan kepada yang lain kerana...

apabila kita cakap "ala ustaz.... manalah saya tahu" jangan berdalih lagi....

"kejahilan tentang perkara penting (seperti riba') dalam negara yang mempunyai ulama'-ulama' serta ahli-ahli dakwah, tidak ada lagi excuse dari Allah S.W.T wallahualam"

Dengan itu sebaik2nya cucilah diri anda dengan menginfakkan sedikit harta mengikut jumpah riba' yang anda ingat, pulangkan lah peminjaman yang ade riba', hentikanlah urusan yang ade riba' dan putuskanlah segala urusan2 yang mempunyai riba'.

Riba- Dalam khutbah terakhir Rasulullah S.A.W.

Dengarkanlah lagu AKU CINTA ALLAH dari Wali Band


Renung-renungkan dan kongsikan, semoga kita sama-sama saling mengingati dan membuka pintu keinsafan hanya kerna ALLAH S.W.T.

InsyAllah ~ Wasalam

Monday, November 21, 2011

Ceritera ~ Lelaki baik

Saya ada cerita nak share untuk korang. 
KISAH ABAH, DIJAH (ME), HASNAH 'n' KAK IZAT - TERSADAI...

Kereta kancil yang selalu dipandu abah, kali ini mengalami masalah alternator problem? Tahu tak ape itu alternator?

ni la dia, klik gambar untuk info selanjutnya:


di pendekkan cerita, kereta kami breakdown di tengah jalan berbukit. Saya agak cemas, sebab ade kereta mewah kat belakang kereta kami. Persepsi pertama saya, mesti kereta ni akan hon kita sebab tak jalan. So dengan agak mengelabah jugak lah saya waktu tu (hujan renyai2) melambai-lambai isyarat kecemasan kearah pemandu kereta tersebut (tak nampak sebab cermin gelap) dengan harapan kereta tu beralih dengan tenang (tak marah-marah).

Tapi kehairanan kereta tersebut tidak beralih. Adakah pemamdu tersebut marah? MARAH KE??? 

Terkejut tiba-tiba muncul seorang lelaki muda mengetuk cermin pintu abah

lelaki itu berkata:

"pakcik ok pakcik? Biar saya tolak ke tepi"

Tanpa berkata banyak, lelaki muda yang agak kurus itu terus menolak kereta yang isi rung dalam kereta itu di isi dengan kami (abah, hasnah (adik) dan saya. Dengan terkandungnya KAMI dalam kereta di jalan yang berbukit itu. Nyata sekali menyukarkan pemuda itu menolak kereta kami.

Saya:

 "biar kami keluar dulu" 

kelam kabut Hasnah dan saya keluar dari kereta tersebut.

Abah kata: 

"Awak tu kurus, tolak sama-sama baru boleh gerak"

Mase tu rasa bagai ....SPEECHLESS
Baiknya MEREKA.... ade lelaki dari kereta lain (selang dua tiga kereta ke kanan) turut membantu. Seorang lelaki yang membonceng motor sanggup meninggalkan motor beliau di hadapan traffic light yang berwarna merah waktu itu dan dengan enjin yang masih hidup, semata-mata untuk membantu.

Kereta kami beralih ke kiri jalan (Masih berbukit). Dua lelaki tadi pulang ke kenderaan masing2 melainkan pemuda pertama tadi.

"pakcik ok pakcik, nak saya panggilkan pomen?"

Abah:

"takpe-takpe, terima kasih banyak-banyak"

Kami memang rasa WOW... Baiknya MEREKA???? lepas lampu hijau, pemuda itu meninggalkan kami dan sempat hon tanda salam.

Apalagi, masuk kereta masing-masing sibuk la bersuara selepas beberapa minit SPEECHLESS tadi. 

Hasnah:

"baiknya, ini salah satu sunnah Rasulullah S.A.W yang mengalihkan sesuatu yang menghalang perjalanan"

Sedang sibuk kami berbual, sementara abah berusaha menghidupkan enjin kereta. Enjin Hidup. Kami jalan beberapa LANGKAH (pasal dekat sangat), enjin tersebut mati lagi. 

TERKEJUT buat kali kedua, di saat itu, pemuda itu tiba-tiba muncul lagi, (patah balik) menanyakan keadaan kami. Buat kami rasa sangat TAKJUB. Tapi abah menolak, abah kata takpe, telah klo kene pomen harga dia mesti mencekik darah sedangkan kami boleh panggil abang kami,"Abang Mie" pomen jugak, tapi Free la.

Enjin hidup, lalu kami meninggalkan LELAKI BAIK itu, 
MANE nak cari orang BAIK macam tu lagi, siap boleh PATAH BALIK.

"boleh jadi menantu ni"
Abah sambung

kami:

"erk"

hehehe.......... semoga Pemuda itu beroleh balasan yang setimpal dengan amalan dia, dan isteri yang solehah yang padan dengan dia. InsyAllah. Amin

Tuesday, October 04, 2011

AdSense - Tak Approved

Salam,

Kawan-kawan pembaca, sorry lah sebab agak terlalu lama nak update blog ni. Pada yang sudi meninggalkan mesej di kaki lima. Saya rasa terharu sebab anda yang dah glamour tu sanggup singgah ke blog saya yang masih setahun jagung. Memang betul orang kata mengarang, menulis ni kene ade mood. Kalau update dalam keadaan tak da feel, effectnya penulisan kita ni tak menarik.

Tapi ini bukan soal menarik atau tak. Ini soal masa memang tak ada untuk mengarang. Tapi kali ni. Lepas asyik membaca blog2 mereka yang aktif. Saya rasa teruja dengan idea mereka. Apa yang menarik saya. sebelum ni sy tak terpikir pun nak tambah iklan kat page saya, maklum lah. saya menulis untuk suka2. Tapi bila usia kite semakin matang. Saya mula fikir untuk cari duit lebih. Selain nuffnang saya mula create AdSense. Tapi alangkah kecewanya saya bile inbox email saya tertera mesej yang berbunyi begini ... (erk bunyi ke?)

-------------------

Hello,

Thank you for your interest in Google AdSense. Unfortunately, after reviewing your application, we're unable to accept you into AdSense at this time.

We did not approve your application for the reasons listed below.

Issues:
- Unsupported Language

---------------------

Hurmmm.. nak buat macam mana takda rezeki... :'( so saya try n try n try untuk cari side income lain lagi.

So Harap korang doakan dan memberi support kepada saya agar saya sentiasa di murahkan rezeki. Saya akan doakan pembaca semua gembira dengan tulisan dan karangan saya, dan beroleh ilmu dan tauladan dari cerita-cerita saya. Semoga pembaca semua di rahmati Allah. Amen. (^___^)

p/s:Hanya Dia yang menurunkan rezeki kepada kita, apa yang perlu kita lakukan adalah usaha dan doa serta tawakal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jana Pendapatan Sekarang!