Pages

Friday, August 13, 2010

Di SERANG!!!!!!!!

Salam... santai... nak membebel panjang tapi berinfo;

Kami...!! Opss kita semua pernah di serang atau akan di serang ~ bukan membebel pasal kemerdekaan tapi ada yang lagi best kot... SERANG dan PERANG balik ~~~
Serangan ini berlaku di musim panas, tak kira di mana-mana anda berada.
Serangan ini akan menyebabkan anda mengalami kegatalan sana sini di seluruh badan.
erm pasti nak tahu darimana puncanyakan?

ini lah die parasit yang menjadi punca ramai isi rumah mengalami kegatalan.

Bermasalah dengan pepijat?

Jom kongsi masalah anda di sini..
mungkin blog ini boleh menjadi medan untuk kita saling berbincang
dan bertukar pandangan mengenai betapa seriusnya
untuk membuang pepijat dari rumah anda.


Anda mungkin sering mengalami situasi seperti berikut:

** Sedang tidur, tetapi terasa ada sesuatu seperti semut sedang merayap di bahagian tubuh anda dan membuatkan tidur anda diganggu.

**Anda bangun dari tidur dan mendapati kulit anda seperti digigit nyamuk, penuh dengan kesan merah-merah. Untuk pengetahuan anda, gigitan nyamuk mengambil masa yang agak sekejap untuk hilang, tetapi gigitan pepijat mengambil masa 3 hingga 4 hari untuk hilang.

**Anda sudah mengambil inisiatif untuk membuang pepijat dengan pelbagai cara? mungkin rendam cadar dan sarung bantal dengan air panas atau jemur tilam dan bantal di bawah terik matahari? ataupun membunuh pepijat secara manual? dan meninggalkan kesan darah pepijat di tilam, bantal dan sarung bantal. Pelbagai cara sudah digunakan, tetapi masih ada pepijat lagi.

**Alternatif terakhir, anda buang tilam anda dan beli yang baru tetapi beberapa lama kemudian pepijat tetap muncul kembali?? Mengapa pepijat ini masih muncul yaa?


Pelbagai cara sudah dilakukan. Bagaimana mahu mengatasi pepijat ini? Mengapa masih ada? Jawapannya: sebenarnya anda tidak mengatasi masalah pepijat ini dengan efekif. Cara-cara di atas adalah betul. Tetapi anda tidak melakukannya dengan berterusan. Anda selalu hangat-hangat tahik ayam apabila masuk ke bab untuk membuang pepijat. Anda lebih banyak mengeluh daripada membunuh pepijat.

Pepijat gemar duduk di tempat-tempat yang tersorok dan gelap. Ini memudahkannya senang untuk bertelur. Pepijat mungkin sudah dibunuh tetapi telurnya masih ada bagi menyambung warisan nenek moyangnya untuk menghisap darah. Dan kemudian setelah cukup dewasa ianya bertelur lagi dan kemudian disambung lagi oleh warisan cucu cicitnya untuk mengulangi segala proses yang tersebut. Jadi, adalah disebabkan itu, adalah wajib bagi kita mengatasi masalah pepijat ini secara berterusan.

Asingkan tilam atau bantal yang disyaki 'ada' pepijat dengan tilam dan bantal yang lain. Buang pepijat secara manual dengan tangan anda, dan rendam cadar dengan air panas sebanyak 2 kali sehingga diyakini telur pepijat sudah mati. Perkara yang sama dilakukan pada tilam dan bantal. Cuma anda tidak perlu 'rendam dengan air panas'. Buang pepijat secara manual. Gunakan 'spray' pepijat atau 'spray' utk serangga. Kemudian jemur di bawah terik matahari. Tilam dan bantal mesti dijemur setiap hari di bawah terik matahari berjam-jam lamanya. Ini adalah perkara yang sangat kritikal kerana tilam dan bantal adalah 'rumah' bagi pepijat tersebut. Jadi, adalah sewajarnya perkara ini dilakukan secara berterusan supaya telur tersebut tidak boleh membiak.

Apalagi? jangan tunggu esok! Mari kita beramai-ramai membunuh pepijat yang mengganggu tidur kita!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mari kenal apa itu pijat?

Pijat ni, dalam bahasa omputih orang panggil bed bugs, and dalam bahas asaintifiknya, Cimex. Ianya adalah haiwan bertelor. Ada macam-macam jenis, kalo nak tau, check la wikipedia.. Pastu, pijat ni ada macam-macam kaler....

Pijat ni, kaler dia adalah putih-putih sikit sampai adalah seakan-akan coklet kemerah-merahan.. jangan tertipu, pijat bukan satu kaler jer. Pijat yang dah hisap darah manusia selalunya kaler coklet. Kalo jumpa yang dah kaler coklat tu, pukul la, insyaAllah keluar darah korang. Pastu, bentuk pijat nih, kalo tengok dari atas adalah seekor binatang yang berbentuk bujur(oval) dan kalo dilihat dari tepi, adalah sejenis serangga yang amat flat sekali macam kredit kad.

Dan amat beruntung lah bagi kita, binatang bertuah bernama pijat ni, tak pernah dikurniakan sayap dan sesungguhnya ia TIDAK DAPAT TERBANG. Jadi, senang la bagi kome2 yang nak kejar dan tangkap pijat-pijat ni. Dan satu lagi, pijat ni sejenis serangga yang merangkak(crawling wikipedia tulis), jadi ia amatlah lambat. Korang bandingkan lah sama ada berlari or merangkak lebih laju.:)

Bila Dan Macam mana ia menyerang?

Sebenarnya, pijat ni suka menyerang pada waktu subuh or specificly, sejam sebelum subuh. Jadi, kalo korang nak sediakan perangkap tu, time ni la seswai. Tapi, kalau korang rasa korang pandai dengan berkata “takper la, kita berhati-hati jer la, jangan biar pijat makan darah kita, biar dia mati kelaparan”. Sebenarnya, waktu itu, anda bukan bijak, tetapi, amat jahil sekali. haha. Kerana sesungguhnya pijat boleh hidup 18 BULAN tanpa makan.

Pijat ni jugak amatlah tertarik dengan benda-benda panas (warm) dan karbon dioksida. Jadi, salah satu cara prevent dia adalah jangan bernafas ataupun tido dalam peti sejok.. fikir2kan..

Dan pijat ni, sewaktu dia menggigit manusia, ia akan mencucuk dua tiub yang ada lubang (macam injection la), satu tiub untuk inject saliva yang mengandungi anaesthetic dan anticoagulant (dah macam doktor bedah dah) dan satu lagi untuk minum darah korang lebih kurang macam straw la.

Kesan gigitan????

Binatang ni menggigit dengan tiada rasa sakit. Dan sesungguhnya ia menggigit dalam masa LIMA MINIT. Diulangi, LIMA MINIT. Dan inilah masa keemasan anda untuk membanteras gejala gigitan serangga ini. Kesan gigitan macam kena gigit semut, kecik, bengkak, kaler putih dan takder spot merah pada kesan gigitan. Gigitan “Dracula kecik” nih akan meninggalkan kesan yang sungguh asyik sekali iaitu kegatalan yang melampau berpanjangan selama berjam-jam atau berhari-hari.. Insan bertuah yang terkena gigitan hendaklah cuba sedaya upaya mengelak daripada menggaru kawasan gigitan supaya tidak berlaku jangkitan lain (secondary infection). Beruntunglah, kerana, pijat ini tidak membawa penyakit berjangkit.. so, jgn risau sangat.. kena gigit jer pun… Tetapi, ia juga berpotensi menyebarkan Hepatitis B.. So, cepat-cepat la ambik injection anti Hepatitis B..

Di mana?

Pijat ni korang leh jumpa mana-mana jer, sama ada di hotel atau apartment kurang mewah. Sebab badannya yang leper, pijat ni senang la nak masok mana-mana kawasan yang ada ruang atau pun small ventricle. Menurut sumber aku, kat papan dan paip la paling tinggi kebarangkaliannya. Katil adalah lokasi utama.

Apa nak buat kalau jumpa pijat??

Apa nak buat? Takkan nak berjabat tangan dan berkenal-kenal kot? haha.. kalau terjumpa mana-mana pijat, tangkap dan simpan untuk barang specimen dan kajian.. yang kalau korang adalah saintis la.. Kalau tak pun korang hantar speciment tu kat Texas A&M Center for Urban and Structural Entomology ataupun University of Arkansas Department of Entomology yang membuat kajian pasal binatang nih. Tapi, senang-senang bunuh jer kot. (insyaAllah aku nak tanya hukum bunuh binatang ni minggu ni).

Brapa banyak leh ada pijat ni??

Seekor pijat betina leh menghasilkan 5-500 telur.. so, dalam masa 6-10 hari, telur-telur ni dah boleh menetas. Jadi kira la guna jari berapa banyak binatang bernama pijat ni boleh ada di rumah kita???

Macam mana nak mencegah dan menghapuskannya??

1-Pukul guna kayu besbol dan seumpama dengannya.

2-Jemur bantal-bantal dan tilam anda lebih-lebih lagi di musim panas ini.

3-sembur racun serangga di tempat-tempat “jenyah” ataupun “sarang-sarang penjenayah” ini

4-Hubungi pembunuh-pembunuh serangga yang berhampiran..

Sampai sini jer kot, semoga dapat ilmu dan input yang berguna.. Kalau nak melawan musuh, kita kena tahu siapa musuh kita. Itu yang dinamakan strategi. Kerana sesungguhnya orang yang mengetahui itu tidak sama dengan yang tidak mengetahui.. Susun strategi, halangi pijat-pijat ini.. wassalam…


daun keladi: renung2kan selamat berPERANG!!!

1 comment:

Unknown said...

Call atau whatsapp kami utk membasmi pepijat kami pakar dlam bidang menghapuskan pepijat 01117557442

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jana Pendapatan Sekarang!