SOLAT SUNAT TAUBAT
Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.. kemudian disusuli dgn solat tahajjud dsb...
Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat @ lebih.
Lafaz Niat
Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT
Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah *surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula *Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
Surah Al-Ikhlas
Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak.
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.
Istighfar-Istighfar
1. 100 kali
Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah,
Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
2. Tiada had
Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu)
melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.
3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini
Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku.
Doa Taubat
Zikir Munajat ~ Ustaz Badrul Amin
Iktiraf ~ Raihan
atau
p/s: Sesudah itu, terbitkanlah di dalam hati keikhlasan beribadah segalanya kerana Allah SWT. Jangan lah memandang pada emas dan permata dan pujian kerana itu antara punca keikhlasan ibadahmu tergugat. Semoga kita sama-sama beroleh syafaat.
wasalam
masih mencari cinta Illahi
No comments:
Post a Comment