Pages

Wednesday, November 30, 2011

Luahan isi hati padaMU tak di terima?

Salam, pembaca yang dihormati, saya teringat kata-kata seorang ustaz tentang taubat (dalam ceramah dhuha setahun lalu), biarpun kita insan biasa, kita semua harus bertaubat atas setiap kesalahan kita samada kecil apatah lagi yang besar.

Tapi menjadi lebih berat apabila ustaz kata,
 "biarpun ikhlas hati kita bertaubat, dengan sebenar-benar taubat, belum tentu lagi taubat kita diterima ALLAH. itu yang menggentarkan saya"
kata ustaz

Saya menjadi sedikit bingung, sedih dan takut, diam je saya memikirkan dosa saya tak diterima ALLAH? apalah kita ini hanya dosa biasa-biasa aje? Ampunkah ALLAH selepas kami semua benar-benar memohon dan merayu.

Hari ini saya terjawab dengan persoalan saya (setelah setahun), dimanakah titik asalnya yang menjadi punca dosa kita tak terampun setelah kita benar-benar memohon keampunan darinya.

Dr Zaharuddin dalam ceramah beliau tentang isu perbankan dan kewangan islam ada membincangkan tentang RIBA', katanya

"seorang lelaki yang sangat baik, alim, sentiasa beramal telah mengembara. semasa mengembara beliau berhenti  menunaikan solat selepas itu beliau menadah tangan dan berdoa. NAMUN! doanya itu tidak termakbul"

Dr berhenti bercerita, APAKAH yang menjadi PUNCA doa pengembara mulia itu TIDAK DITERIMA?

YA... inilah jawapannya, sedang kita tidak berhati-hati dalam urusan jual beli dan pinjam meminjam kita, maka tanpa kita sedari transaksi yang melibatkan RIBA' berlaku.

Ayuh semua kita belajar ilmu tentang RIBA' ini. bukan untuk krusus melanjutkan pelajaran. Tapi menjadi mata pelajaran/krusus atau ilmu wajib yg perlu kita ketahui.

"biarpun pengembara itu telah memohon dalam waktu-waktu atau keadaan yang boleh menyebabkan DOA nya termakbul (doa seorang musafir dan mengangkatkan tangan dan doa orang yang solat), tapi doa beliau tetap di halang. Ini adalah kerana bajunya, makannya adalah berunsurkan riba'. Nauzubillah. Betapa dasyatnya DOSA RIBA' apabila ade pendapat ulama' mengatakan kemungkinan solat seseorang tidak di terima kerana RIBA' tadi, maka doanya turut di tidak terima"

sambung DR. Tambahnya lagi, sebaik-baiknya apabila kita telah mengetahui sesuatu yang penting ini, hendaklah kita sampaikan kepada yang lain kerana...

apabila kita cakap "ala ustaz.... manalah saya tahu" jangan berdalih lagi....

"kejahilan tentang perkara penting (seperti riba') dalam negara yang mempunyai ulama'-ulama' serta ahli-ahli dakwah, tidak ada lagi excuse dari Allah S.W.T wallahualam"

Dengan itu sebaik2nya cucilah diri anda dengan menginfakkan sedikit harta mengikut jumpah riba' yang anda ingat, pulangkan lah peminjaman yang ade riba', hentikanlah urusan yang ade riba' dan putuskanlah segala urusan2 yang mempunyai riba'.

Riba- Dalam khutbah terakhir Rasulullah S.A.W.

Dengarkanlah lagu AKU CINTA ALLAH dari Wali Band


Renung-renungkan dan kongsikan, semoga kita sama-sama saling mengingati dan membuka pintu keinsafan hanya kerna ALLAH S.W.T.

InsyAllah ~ Wasalam

Monday, November 21, 2011

Ceritera ~ Lelaki baik

Saya ada cerita nak share untuk korang. 
KISAH ABAH, DIJAH (ME), HASNAH 'n' KAK IZAT - TERSADAI...

Kereta kancil yang selalu dipandu abah, kali ini mengalami masalah alternator problem? Tahu tak ape itu alternator?

ni la dia, klik gambar untuk info selanjutnya:


di pendekkan cerita, kereta kami breakdown di tengah jalan berbukit. Saya agak cemas, sebab ade kereta mewah kat belakang kereta kami. Persepsi pertama saya, mesti kereta ni akan hon kita sebab tak jalan. So dengan agak mengelabah jugak lah saya waktu tu (hujan renyai2) melambai-lambai isyarat kecemasan kearah pemandu kereta tersebut (tak nampak sebab cermin gelap) dengan harapan kereta tu beralih dengan tenang (tak marah-marah).

Tapi kehairanan kereta tersebut tidak beralih. Adakah pemamdu tersebut marah? MARAH KE??? 

Terkejut tiba-tiba muncul seorang lelaki muda mengetuk cermin pintu abah

lelaki itu berkata:

"pakcik ok pakcik? Biar saya tolak ke tepi"

Tanpa berkata banyak, lelaki muda yang agak kurus itu terus menolak kereta yang isi rung dalam kereta itu di isi dengan kami (abah, hasnah (adik) dan saya. Dengan terkandungnya KAMI dalam kereta di jalan yang berbukit itu. Nyata sekali menyukarkan pemuda itu menolak kereta kami.

Saya:

 "biar kami keluar dulu" 

kelam kabut Hasnah dan saya keluar dari kereta tersebut.

Abah kata: 

"Awak tu kurus, tolak sama-sama baru boleh gerak"

Mase tu rasa bagai ....SPEECHLESS
Baiknya MEREKA.... ade lelaki dari kereta lain (selang dua tiga kereta ke kanan) turut membantu. Seorang lelaki yang membonceng motor sanggup meninggalkan motor beliau di hadapan traffic light yang berwarna merah waktu itu dan dengan enjin yang masih hidup, semata-mata untuk membantu.

Kereta kami beralih ke kiri jalan (Masih berbukit). Dua lelaki tadi pulang ke kenderaan masing2 melainkan pemuda pertama tadi.

"pakcik ok pakcik, nak saya panggilkan pomen?"

Abah:

"takpe-takpe, terima kasih banyak-banyak"

Kami memang rasa WOW... Baiknya MEREKA???? lepas lampu hijau, pemuda itu meninggalkan kami dan sempat hon tanda salam.

Apalagi, masuk kereta masing-masing sibuk la bersuara selepas beberapa minit SPEECHLESS tadi. 

Hasnah:

"baiknya, ini salah satu sunnah Rasulullah S.A.W yang mengalihkan sesuatu yang menghalang perjalanan"

Sedang sibuk kami berbual, sementara abah berusaha menghidupkan enjin kereta. Enjin Hidup. Kami jalan beberapa LANGKAH (pasal dekat sangat), enjin tersebut mati lagi. 

TERKEJUT buat kali kedua, di saat itu, pemuda itu tiba-tiba muncul lagi, (patah balik) menanyakan keadaan kami. Buat kami rasa sangat TAKJUB. Tapi abah menolak, abah kata takpe, telah klo kene pomen harga dia mesti mencekik darah sedangkan kami boleh panggil abang kami,"Abang Mie" pomen jugak, tapi Free la.

Enjin hidup, lalu kami meninggalkan LELAKI BAIK itu, 
MANE nak cari orang BAIK macam tu lagi, siap boleh PATAH BALIK.

"boleh jadi menantu ni"
Abah sambung

kami:

"erk"

hehehe.......... semoga Pemuda itu beroleh balasan yang setimpal dengan amalan dia, dan isteri yang solehah yang padan dengan dia. InsyAllah. Amin

Tuesday, October 04, 2011

AdSense - Tak Approved

Salam,

Kawan-kawan pembaca, sorry lah sebab agak terlalu lama nak update blog ni. Pada yang sudi meninggalkan mesej di kaki lima. Saya rasa terharu sebab anda yang dah glamour tu sanggup singgah ke blog saya yang masih setahun jagung. Memang betul orang kata mengarang, menulis ni kene ade mood. Kalau update dalam keadaan tak da feel, effectnya penulisan kita ni tak menarik.

Tapi ini bukan soal menarik atau tak. Ini soal masa memang tak ada untuk mengarang. Tapi kali ni. Lepas asyik membaca blog2 mereka yang aktif. Saya rasa teruja dengan idea mereka. Apa yang menarik saya. sebelum ni sy tak terpikir pun nak tambah iklan kat page saya, maklum lah. saya menulis untuk suka2. Tapi bila usia kite semakin matang. Saya mula fikir untuk cari duit lebih. Selain nuffnang saya mula create AdSense. Tapi alangkah kecewanya saya bile inbox email saya tertera mesej yang berbunyi begini ... (erk bunyi ke?)

-------------------

Hello,

Thank you for your interest in Google AdSense. Unfortunately, after reviewing your application, we're unable to accept you into AdSense at this time.

We did not approve your application for the reasons listed below.

Issues:
- Unsupported Language

---------------------

Hurmmm.. nak buat macam mana takda rezeki... :'( so saya try n try n try untuk cari side income lain lagi.

So Harap korang doakan dan memberi support kepada saya agar saya sentiasa di murahkan rezeki. Saya akan doakan pembaca semua gembira dengan tulisan dan karangan saya, dan beroleh ilmu dan tauladan dari cerita-cerita saya. Semoga pembaca semua di rahmati Allah. Amen. (^___^)

p/s:Hanya Dia yang menurunkan rezeki kepada kita, apa yang perlu kita lakukan adalah usaha dan doa serta tawakal.

Friday, September 10, 2010

Rancangan Pembakaran Al-Quran


Salam pembaca, sedang kita melambai sayu pemergian Ramadhan...
hati sedih mengenang Syawal... pada saya saya tak penah rasa aman bila Syawal menjelma...
pasti malam tu... air mata akan menitis...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ZAKAT

Puncanya saya pun tak tahu, tapi saya anggap anda pun sama ngan saya jugak kot, dan bila di kenang2 hanya perkataan2 berikut yang mungkin melegakan saya...

  • jangan di kenang kenangan lalu
  • andai Syawal kita tidak sperti orang lain, tapi kita patut bersyukur masih dapat melihat Syawal
  • apa yang kita punya memang tidak di punyai orang
  • lebih baik begini da begitu

so kita nikmati Syawal ini semeriah yang orang kata meriah tu. maka satu2 kita laksanakan,
(mungkin zakat belum bayar lagi kot? - mase tu)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ISU TERGEMPAK ~ MENIKAM PEMBACA!!

Ya!!! sedang kita menyambut Syawal pada 10 September 2010... ingat tak anda peristiwa 11 September 2001,

The World Trade Center (WTC) was a complex of seven buildings in Lower Manhattan in New York City that were destroyed in the September 11, 2001 terrorist attacks.

Jangan kita pandang remeh!!! terhadap isu hari ini kerana akhbar telah pun menyiarkan bahawasanya si polan yang juga paderi bernama Terry Jones telah merancang hari pemabakaran Al-Quran esok ( bersamaan 2 Syawal jam 6 petang hingga 9 malam waktu Amerika)

petikan akhbar yang berjudul:
Tahu tindakan pelampau kristian bahayakan nyawa askar AS di Afghanistan
BAKAR AL-QURAN: AMERIKA BUNTU

Ya! peguam negara AS, Eric Holder menemui para pemimpin pelbagai agama semalam untuk mebincngkan langkah bagi membendung sentimen anti islam itu

Pengarah esekutiif Muslim Advocates, Fathana Khera bagaimanapun kesal kerana pembakaran itu nanti jika dilaksanakan tidakakan melanggar undang-undang persekutuan (ini bermakna paling teruk pun mereka hanya di saman)

--------------------------
berdebar-debar. apa yang mampu si tangan kecil melawan? hanya batu kecil di guna untuk menentang musuh berbazoka. jika kita berbalik pada zaman Rasullullah S.A.W ~ apakah cara yang baginda Rasullullah akan lakukan. kerana perangnya di medan tempur. yang akan berperang di sebalik tembok hanyalah orang Yahudi.

terlihat note ini yang di post di facebook oleh sebuah by page:"kata-kata hikmah"

mari kita renungkan bersama. Semoga Allah membantu kita.

p/s: bangunkan jihad anda. Rukuklah! Sujudlah! Rayulah! Pohonlah! dan bersedialah untuk berada di medan tempur.... itu concern anda!

HANYA ALLAH YANG AKAN MEMBANTU KITA!!!

Wednesday, August 25, 2010

Menjadi Seorang Muslimah


Salam,
hari ini saya di terjah oleh seorang kenalan apabila saya memceritakan pengalaman mimpi saya yang agak pelik dan saya sememnagnya memerlukan pandangan beberapa orang rakan dan kenalan saya melalui sistem pesanan ringkas (SMS), beberapa orang kawan dan kenalan saya sama ada rapat atau pun tidak rapat memberi feedback yang sangat positive, dan saya rasa tenang sekali dengan jawapan mereka. Allhamdulillah tetapi ada salah seorang dari mereka menyalah tafsir maksud sms saya dengan memikirkan saya ingin menegurnya dan dia menyuruh saya mencermin diri saya sendiri. Astaghfirullahalazim, itu bukan niat saya... dan saya katakan dengan tenang ternyata dia sebenarnya marah dengan kerugian yang di alami dan bencana yang menimpa diri dan saya tanak menyertai die dalam aktiviti yang dikatakan "membantu saya" atau erti kata lain of course la "membantu diri dia" juga sebenarnya. Maaflah, semoga anda berjaya dan innsyAllah, Allah akan membantu anda, maafkan kekhilafan saya yang sengaja atau tidak di sengajakan. Ya memang sebenarnya kita ini tak lengkap tapi tak salah kalau kita saling melengkapi, sedang kita memperbaiki diri kita apa kata kita kongsi bersama rakan2 kenalan dan mengeratkan ukhwah sesama insan. InsyAllah... saya minta kalian doakan agar saya instiqamah dalam niat saya.
<>


Aktivis M
uslimah Harapan Rasulullah

www.iluvislam.com
Ustadzah Yoyoh Yusroh
Editor: deynarashid

Menjadi wanita memang menyenangkan, apalagi wanita "Muslimah", sebab muslimah bererti wanita yang telah diseleksi oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya dan menjalankan kehidupan sesuai dengan sunnah Rasul-Nya. Rasulullah sebagai manusia pilihan Allah, sangat peduli terhadap muslimah.

Baginda sangat menyayangi muslimah sehingga beliau berpesan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Tidaklah seorang muslim yang mempunyai anak dua orang perempuan kemudian ia berbuat baik dalam berhubungan dengan keduanya akan bisa memasukannya ke dalam surga."

Di masa baginda hidup kaum wanita merasakan angin segar dalam kehidupannya, setelah sebelumnya pada masa jahiliyah hidup teraniaya, tidak mendapatkan hak yang semestinya. Kehidupan wanita muslimah saat itu boleh dikata beruntung dibandingkan dengan wanita sekarang pada umumnya. Kerana muslimah relatif hidup dalam komuniti masyarakat yang memahami nilai Islam secara baik. Hidup mereka betul-betul tersanjung, kerana mereka merasakan hidup sesuai fitrahnya.

Berbeza dengan situasi sekarang, ketika banyak wanita menuntut persamaan hak dan darjat. Boleh dikatakan kehidupan wanita sekarang berada ditengah komuniti masyarakat yang tidak memahami nilai-nilai Islam. Ini menyebabkan keserabutan dalam hidup mereka. Sudah tentu wanita muslimah harus berupaya menghilangkan dugaan tersebut. Caranya adalah dengan mulai mengaktifkan dirinya dalam pelaksanaan nilai-nilai Islam serta berupaya mengajak wanita lain untuk beramal Islami.

Ustadz Faisal Maulawi, seorang Mufti Lebanon, menyatakan, "Saatnya sekarang keadaan ummat sedang dalam keadaan bahaya, para wanita muslimah yang solehah terjun untuk terlibat aktif dalam membentengi dan memperbaiki ummat."

Untuk menjadi muslimah yang disayang oleh Rasulullah SAW hendaknya diperhatikan empat hal berikut:

1. Faqihah Lidiiniha

Seorang muslimah hendaklah faqih (paham) terhadap din (agamanya). Selayaknya ia dapat membaca Al-Qur'an dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj hurufnya. Kemudian dapat membaca hadits dan selalu pula menjadi bacaan hariannya, karena dengan itu ia memahami keinginan Rasulnya untuk kemudian berusaha menyesuaikan kehidupannya sesuai dengan cara hidup Rasulullah SAW.

Ia juga harus berusaha memperkaya diri dan wawasannya melalui belajar kepada seorang guru yang jujur dalam menyampaikan ilmunya, dan berusaha banyak membaca buku agama lainnya seperti tentang aqidah, akhlaq, fiqh, sirah, fiqh da'wah, Tarikh Islam, sejarah dunia dan ilmu kontemporari lainnya. Contoh muslimah yang menguasai ilmu-ilmu ini adalah Aisyah RA.

2. Najihah fi Tarbiyyati Auladiha

Seorang aktivis muslimah yang telah berkeluarga hendaklah berupaya dalam mendidik anaknya, bahkan bagi seorang aktivis yang belum berkeluarga pun seharusnya mempelajari bagaimana cara mendidik anak dalam Islam, kerana ilmu tersebut fardhu 'ain, sehingga mempelajarinya sama dengan mempelajari wudhu, sholat, puasa, dan sebagainya. Sehingga ia tahu betul cara mendidik anak dalam Islam yang nantinya anak-anak tersebut akan ia persembahkan untuk kejayaan Islam dan kaum muslimin. Insya Allah kelak ia akan menjadi Ibu yang sukses seperti Hajar dan Khadijah ra.

3. Muayyidah fi Da'wati Zaujiha

Sebagai aktivis amal Islami, kepedulian kita bukan hanya kepada masalah luaran, mengupayakan pelaksanaan amal Islam terhadap orang lain, akan tetapi kepedulian terhadap aktiviti keluarga harus lebih diutamakan, misalnya memberikan motivasi amal Islami kepada anak, pembantu, juga suami. Ia menjadi muslimah yang senantiasa menjadi motivator kebaikan suaminya, seperti Ummu Sulaim yang menikah dengan Abu Tholhah dengan mahar syahadat. Namun ketika Abu Tholhah wafat Rasulullah mensholatkannya sampai sembilan kali takbir, menunjukkan sayangnya Rasulullah kepada beliau karena tidak pernah berhenti dalam beramal dan berjihad bersama Rasul. Hal ini ia lakukan karena selalu mendapat motivasi dari Ummu Sulaim, istrinya.

4. Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha

Ia selalu peduli terhadap lingkungannya, selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui keadaan sekelilingnya, selalu mengupayakan lingkungannya menjadi lebih baik. Contohnya Ummu Syuraik yang selalu mengelilingi pasar bila saat sholat tiba untuk mengingatkan penghuni pasar agar segera melaksanakan sholat dengan kalimatnya yang terkenal 'Assholah, Assholah!!!'



Demikian semoga dengan empat hal ini kita dapat menjadi aktivis Muslimah yang di cintai Rasulullah SAW. Amin.

Rindu Muslimah



Ramadhan telah tiba, bulan yang penuh dengan kelebihan dan ganjaran.Setiap detik di dalam bulan yang penuh keberkatan ini amat berharga dan kemungkinan amalan di bulan inilah yang memberikan perbezaan tempat kembalinya kita. Bagi muslimah yang menyedari hakikat ini, kedatangan ‘tempoh bercuti’ setiap bulan sangat tidak diharapkan pada bulan Ramadhan. Sering terdengar keluhan dari mereka yang haid kerana sedih merasakan tidak mampu merebut pahala ibadah di bulan ini, terutamanya sekiranya ‘ia’ datang ketika tempoh 10 malam terakhir. Malah, ada yang sanggup mengambil ubat penghalang datangnya haid semata-mata untuk memanfaatkan sebulan Ramadhan. Namun, ubatan sebegini kadang kala tidak memberikan kesan yang diharapkan malah lebih mengganggu kestabilan hormon.

Sememangnya perasaan sedih ini hanya akan lahir dari hati seorang muslimah yang sangat mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada Tuhannya. Saidatina Aisyah R.A sendiri pernah menitiskan air mata kesedihan kerana merasakan hilangnya peluang beramal dengan kedatangan haid. Namun, haid sebenarnya bukanlah satu perkara yang buruk, bukan jua satu kekurangan yang patut ditangisi, kerana disebaliknya masih ada peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini.

Mari kita lihat,bagaimana Rasulullah S.A.W menangani perasaan Aisyah apabila beliau menangis kesedihan ketika didatangi haid ketika menunaikan haji.Baginda S.A.W bersabda yang bermaksud: “Ini adalah suatu yang ditetapkan Allah ke atas anak-anak perempuan Adam, maka tunaikanlah apa yang ditunaikan oleh orang yang melakukan haji kecuali janganlah kamu bertawaf di Baitullah sehinggalah kamu telah mandi (suci dari haid)”. (Riwayat Muslim).
Haid adalah suatu ketentuan yang telah Allah tetapkan ke atas kita (anak-anak perempuan Adam), maka kita sepatutnya redha di atas ketentuan ini. Redha merupakan salah satu daripada ibadah hati. Keredhaan kepada Allah sebagai Tuhan menuntut keredhaan atas apa yang diperintahkan-Nya dan apa yang ditetapkan oleh-Nya.

Redha

Redha di atas apa yang Allah perintahkan ke atas kita bermaksud kita menyembah-Nya sebagaimana yang Dia perintahkan untuk kita lakukan, bukan sebagaimana yang kita suka untuk lakukan. Tahukah anda bahawa perbuatan anda berbuka puasa disebabkan haid merupakan suatu ibadah? Ini kerana Allahlah yang memerintahkan kita untuk berpuasa pada hari-hari kita tidak didatangi haid, dan Allah jualah yang memerintahkan kita untuk berbuka ketika sedang haid, maka berpuasa ketika haid merupakan suatu dosa kerana anda dikira melanggar perintah-Nya.

Redha di atas apa yang Allah tetapkan ke atas hambanya pula bermaksud penerimaan atas apa yang Allah telah ciptakan kita dan apa yang Allah fitrahkan ke atas diri kita, termasuklah apa yang Allah tetapkan ketika tempoh haid, dengan hati dan jiwa yang tenang. Perasaan sedih merupakan suatu bentuk penentangan atas ketentuan Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “(An-Nisa’:32)

Oleh itu, sekiranya anda redha dengan sebenar-benar redha anda telah mengerjakan ibadah hati yang dengannya kita akan merasai kemanisan iman. Ibadah ini mungkin tidak dikerjakan oleh kebanyakan mereka yang sedang suci, malah mungkin tidak dikerjakan oleh kaum lelaki! Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Telah merasai kemanisan iman barangsiapa yang redha dengan Allah sebagai Tuhan, dan dengan Islam sebagai deen, dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasul.”(Riwayat Muslim)

Rindu

Rindu seorang muslimah yang sedang haid untuk melakukan solat dan membaca Al-Qur’an juga merupakan suatu ibadah yang tidak didapati di kalangan mereka yang sedang suci. Malah sekiranya terdapat rindu di hati kita untuk melakukan ibadah, kita lebih baik berbanding mereka yang melakukan ibadah, tapi dalam masa yang sama merasakannya sebagai suatu beban dan kesusahan. Lebih istimewa, perasaan gembira seorang muslimah kerana dapat mengerjakan ibadah selepas tamat tempoh haid adalah suatu perasaan yang Allah khususkan untuk kaum wanita sahaja. Maka bersyukurlah!

Bilakah Haid Menjadi Masalah?

Haid menjadi masalah apabila seorang muslimah merasakan telah hilangnya peluang bagi mendapatkan ganjaran di bulan Ramadhan, kerana dia tidak oleh berpuasa dan menunaikan solat tarawih. Sedangkan tanpa dia sedari pintu-pintu syurga masih terbuka untuknya, dan para malaikat masih memanggil-manggil pencari kebaikan. Dan sekiranya dia melakukan suatu kebaikan ganjarannya seperti dia melakukan suatu kefardhuan. Seorang muslimah yang haid sebenarnya masih mempunyai banyak peluang untuk mendapatkan ganjaran dan kelebihan bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan zikir dan selawat ke atas Nabi S.A.W,mendengar bacaan Al-Qur’an, membaca buku-buku yang bermanfaat dan sebagainya.

Tunaikanlah Keperluanmu Yang Berpuasa!

Seorang muslimah yang bijak, dia akan cuba sedaya upaya memanfaatkan setiap detik ketika bulan Ramadhan walaupun ketika sedang haid. Mungkin kita terhalang daripada berpuasa dan menunaikan solat tarawih, namun kita masih boleh mendapat ganjaran dengan menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa, menunaikan keperluan ukhti yang keletihan disebabkan puasa, menjaga anak-anak kecil ketika ibu mereka sedang solat di masjid, bersedekah dan sebagainya. Semoga kita beroleh pahala sebagaimana mereka yang berpuasa dan menunaikan solat.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya, dan ianya tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun”(Riwayat Tarmizi).

* saya mengalami dilema bila saya menghadapi haid pada hari pertama puasa, pada saat itu, saya sempat menikmati terawih pertama, dan saya ingin rasa lagi pada hari esoknya, tapi saya kecewa, dan dalam tempoh yang panjang ini saya hanya mengharap agar iman saya tak berubah. [jika saya masih berkesempatan menikmati ramadhan akan datang] dan dilema saya terjawab selepas membaca article ini... (^_^) dan saya rasa lega dan akan terus mencari cinta Illahi itu >> seterusnya saya ingin mengawal amarah saya!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jana Pendapatan Sekarang!