Pages

Tuesday, July 27, 2010

Cerita NATASYA


Hurm kali ni nak bercerita la plak...
cerita Natasya ini hanya untuk di jadikan tauladan.
Marilah kita sama-sama renung renungkan
mungkin anda boleh jadi penyelesai dilemma NATASYA

Cahaya Keimanan

Natasya atau Tasya seusia gadis 20-an seperti gadis-gadis normal yang lain membesar dengan sempurna dan mula bersosial. Zaman remajanya terisi dengan keseronokan duniawi. Sampai satu masa, pukulan musibah melanda hidupnya.

Kelainan yang Natasya miliki adalah dia tersentuh hati mendekatkan diri pada Allah
Taubatnya di malam hari menghilangkan kegusaran, kesedihan, kekecewaan hati.
Malah dia bahagia bila solatnya khusyuk, sujudnya bererti...

Tiap kali mendirikan solat, niatnya hanya satu
"aku sedang mengabdikan diri menghadapmu Ya Allah"

Qiamnya dia di waktu malam mendirikan solat sunat Taubat dan Hajat
sambil menangis mengalunkan zikir2 taubat yang menyentuh jiwanya sendiri.
Menangisi kesilapan dia dimasa lampau, memohon agar cintanya pada Yang Esa tidak berpaling

"Ya Allah aku mohon petunjuk dan hidayahmu sebagai cahaya di lorongku yang gelap ini,
Janganlah kau tinggalkan aku biarpun aku tahu Engkau tidak pernah meninggalkan aku.
Hanya padaMu Ya Allah aku bermohon. Hanya padaMu Ya Allah, aku meminta. Jadikanlah Engkau yang pertama dalam hatiku, yang pertama aku cintai, yang pertama aku rindui. Rabbana atinna fiddunya hasanah wabilahiratil hasanah wakinah azabanar"

menangis lah Natasya pada malam2 sepertiga malam, nangis lah dia ketika orang sedang nyenyak di buai mimpi, nangis lah dia bagai solat itu solat terakhirnya, nangis lah dia kerana syukur akan keindahan malamnya. nangis lah dia menjauhi kemungkaran

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Teruji Lagi

Sampai satu hari, seorang pemuda muncul dalam hidup Natasya, melabuhkan kata mesra kasih sayang, membuaikan semula Natasya ke mimpi silam. Natasya bahagia merasakan kasih pemuda, Natasya simpati pada pemuda, Natasya sememangnya lemah lembut mula memberi perhatiannya pada pemuda tersebut sehingga dia lalai kembali akan perintahNya.

Inilah yang di katakan ujian, sejauh mana kasih seorang umatnya pada Tuhannya.
Allah tidak pernah mungkir janji. maka itu, Natasya tersedar akan kekhilafannya selama ini.
Sebelum terjadinya tragedi yang tak di ingini, dia berperang dengan kata hati, di mana dia memang benar2 mencintai pemuda tersebut dan pada waktu yang sama dia rasa berdosa kerana cintanya pada pemuda itu melebihi cintanya pada Allah.

Maka menangis lah dia, tapi bila terleka lagi, dia mengatakan
"aku taknak kehilangan pemuda itu"
jadi di teruskan hubungan itu.

tapi Allah Maha Berkuasa, di tetap dibayangi dosa kerana hanya mencintai pemuda melebihi cintanya kepada Allah.

di mana sukar untuk memiliki cinta kepada Allah, semudah itukah dia akan melupakan janji ketika dia berdoa.

teringat abah penah berkata
"Allah sememangnya mencintai umatnya. Tapi pernahkah kita membalasnya"

Menangis lagi Natasya, memohon kudratNya untuk meluahkan dilemma yang dia rasa.

Akhirnya hampir 3 jam email di taip, meluahkan isi hati yang terbuku.
kata-kata yang paling perit yang ingin di luahkan buat pemuda yang disayangi adalah

"saya merelakan pemergian ini andai kamu bukan Jodoh ku, saya relakan kepulangan mu andai kamu sedia menerima diriku yang tidak menempatkan kamu di tempat yang pertama, dan seandainya itu yang kamu pilih, ingin saya beritahu, KITA AKAN DI UJI lagi,"




inilah antara dilemma
Hati kecil berkata begini
Hati Besar berkata begitu
Bagaimana??? o.O

- dengar kata hati yang tulus.





p/s:
- teringat cerita Rabiatul Adawiyah serikandi yang asalnya perempuan kaberat di zaman jahiliyah dan hidayah yang di terima dan pengorbanannya dalam islam menjadikanya menjadi wanita syurga.

- cinta yang di katakan dalam cerita ini mengenangkan kisah Zulaikha kepada Nabi Yusoff a.s,

- jangan lah jadikan kami (wanita) antara wanita yang menarik mereka (lelaki) ke neraka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jana Pendapatan Sekarang!