Pages

Monday, December 31, 2012

Tutorial Blog | Tips Edit Blog

Terima kasih sebab masuk ke laman sesawang ketty ni. Ramai yang tertanya-tanya macam mana nak bagi blog nampak menarik. Sebenarnya apa yang yang kita perlu buat adalah, menghias dan menyusun item-item yang di perlukan di dalam blog awak. Apa pun awak perlu merancang dulu sebelum mulakan.

Ok hari ni (30 Dec 2012) ketty nak buat sedikit perubahan dalam blog ketty. Kalau awak nak buat macam ketty. Jom teruskan bace TIPS ni ^_^

First of all, awak kene amik masa yang lapang dan tenang untuk mengubah (edit) blog awak.

Kedua, awak review apa yang tak kene kat blog awak, macam biasa perempuan memang selalu nak ubah kedudukan perabot kat dalam rumah. Jadi kali ni, kite ubah kedudukan atau tambah perabot/perhiasan baru dalam blog awak.

Ni ghupe lama blog ketty :P (kih kih kih... serius sempoi)



  Ni mukadimah, cam biasa - kene ade nuffnang pastu klo bleh ade gadget2 comel, yang tengah-tengah tu, pic resolusi besar, which it memang sesuai untuk jadi "cover page".


opss sorry tak adjust lepas print screen, doubling pic plak..
ok nampak ye kat situ ade second nuffnang. pastu ofcuz page, title, date n isi kandungan. 
tak tahu korang suka tak? :I

Welcoming Picture


Facebooking


senarai post yang popular



 last skali senarai coretan. ketty mula menaip sebelum ade blog lagi. Once ade mase baru ketty post.
bermula dengan post Hari Pertama Di Tadika pada April 11, 2010..  
Tahun 2011 mula menyepi sebab masalah facility tak lengkap.



Hokay!!! Ape yang kite nak ubah?


Yang ketiga, Ketty kene tengok tutorial dari rakan-rakan blog lain, tutorial ni kty dapat dari Ms Amirah Zulhijjah, beliau dah sharekan beberapa tutorial yang menarik.. so jom jengok-jengok blog dorang...

Yang Keempat, ketty kne apply satu-satu bermula dari

Blogger template
Sidebar
Font
Floating Image
Facebook
Tweeter
Instagram
Cute Icon & Glitter Icon
Others

Dan SIAP.... ^_^

 Hokay ~ Tepat jam 12 malam 31/Dec/2012 - Blog ketty telah siap di edit, hanya beberapa touch up ringan yang kene tambah lagi.


Opsss my birthday.. bukak FB je...

Wish
Wish
Wish


Thank you Dear. Thank you so Much.

*kak izat n abg zu je yg jga malam ni... so dorg je yg wish secara life..

::To FB Friend and Kak Izat n Abang Zu::

Friday, December 28, 2012

Ulang tahun perkahwinan Abah dan Mak ♥ 1971 - 2012

Salam ♥♥♥

Sekarang kita berada di penghujung tahun, cerita tunang dan kahwin berterabur di sana sini sepanjang bulan December ni. Well apa yang menarik dengan bulan December dalam hidup ketty? Jom tengok checklist ni

02 Dec - Majlis akikah anak buah ketty (Muhammad Qhalif Qusyairy)
03 Dec - Majlis perkahwinan kawan baik dgn bdak satu kelas jgak (Nur Nadia Mastura n Asyraff Effendi)
13 Dec - Ulangtahun hari lahir abang (Amali)
23 Dec - kawan kolej/house n roomate kahwin (Pika & Paan)
25 Dec - Bukan krismas tapi Ulang tahun perkahwinan Mak n Abah
31 Dec - Hari ulangtahun kelahiran ketty ^.^ (nak hadiah yeee)

Ok tapi kali ni ketty nak highlight cerita Malam Krismas ^_^

Atas permintaan ayahanda Ketty, En Kasiran a.k.a Wak Kasiran, kami di minta mengumpulkan para ahli keluarga untuk memeriahkan majlis makan2 menyambut ulangtahun yang ke 41 buat ayahanda dan bonda ketty.

Flashback:
"Abah, 26 tahun n mak 16 tahun, di jodohkan oleh mak angkat mak yang kebetulan masa tu adalah kakak angkat abah. Abah suka merantau, abah tak pernah nampak mak, sampai satu hari mereka di kenen kan, abah setuju dan mak pun setuju. Alhamdulillah pada 25 December 1971, abah dan mak di satukan, cinta selepas nikah ini telah di kurniakan seramai 15 cahaya mata walaupun 4 telah menyambut seruan Illahi. "

Mujur 24 hb tu kty da amik cuti, lepas blajar memandu, ketty terus pergi Giant cari Pretty Petals, trus order sejambak bunga... (mmmmmm wanginya bunga rose ni... ^..^) -> sebelum tu cari barang untuk di masak -> sementara menunggu bunga siap di gubah, ktorg jalan2 cari hadiah...
Imaginasi ketty sume anak2 bagi hadiah kat mak n abah mcm ktorg ni Santas on the Anniversary Day. ♡.♡

Selesai je kat Giant, simpan barang tanpa pengetahuan mak n abah... n then petang tu ketty sambung blajar kete ngan pemandu tak bertauliah, berambut perang, konon dari korea, mujur muka mcm anak cina, c adik yang lagi tinggi dari si kakak... (tak heran sebab ko lelaki).. itulah die pozi.
Haha topik driving kali ni... 3 penjuru ngan parking.. (masih cuak tak amik penilaian lagi)

Malam tu kakak n kakak ipar keluar lagi, dorang plak nk beli present. Abah tnya dorg pergi mana, kite bgtau... dorg beli barang dapur.. "kot".
Bile dorg balik, kakak beli satu je lilin wangi.. rasa nak lagi.. terus kirim lagi 3... esok dorg pergi beli...

25th - pagi2 dah kne pergi driving skool. Kali ni kelas terakhir... blajar sampai berpeluh2, pastu stereng ketat sampai jari jemari ketty rasa melecet.. fuhhh.. kadang rasa fed-up sebab tak faham apa yg die nak... kite nak buat sendiri. Ofcuz la kite ni baru... adik slalu perli klo ketty tanya.. "kenapa kene pusing habis?" Cube lah jawab sebab kite nak bagi kedudukan die straight. Klo takat pusing habis tapi kedudukan die salah. Kompem2 kuar nanti pun problem kan...

Balik je, siap2 utk masakan malam plak.. ni yg time supprise ni... menu kami :

spaghetti
roti telur sos salad
french fries
chicken drummet
chicken nugget
anniversary kek + cupcake (tempah kat jiran sebelah 2 pintu dari rumah kami)
air teh & air oren

Turut memeriahkan majlis, kami anak beranak (ada yg takda sebab ada hal)

Abah n Mak (mestilah kan)
K.Marini (kakak sulung, single lagi... ade calon untuk die tak??)
Azhar n wife, kak Farah (Just married 4 months ago)
Effendi, wife kak Ayu, anak2 c Pika mulut meriah, n Fizo muka slamber
Zuhaini n wife Kak Izat (Tukang masak serba boleh♡)
A.Hilmi (da nak travel g Australia untuk kutip buah epal♡)
Amali (abg yg slalu bg ucapan, Majulah sukan untuk negara)
Me (ini ikut susunan tau)
Senah + 2 frenz (wafa n shiera) -dorg get ready nak balik hostel after event

Tq semua yang hadir. Termasuk orang asing yg sporting, kekawan senah :)

Ok mase nak bawak turun mak, mak memang tak tahu yg ktorg nak buat makan2 untuk die... die turun je, semua orang tepuk tangan... dia pun tepuk skali.. bile die tgok makanan bnyak die nak pergi kat meja... mase tu abah kuarkan bunga... abah bagi bunga tu siap ngan kiss kat pipi. Dah 41 tahun tu.. mak malu2 kucing. Bila tanya da bpe kali dapat bunga. Mak cakap baru pertama kali.. lepaa tu acara makan2.. lepas makan abah keluar g majlis makan2 kat umah imam kat area taman tu. Balik dari rumah imam, baru abah bukak hadiah... apalagi.. suka lah mereka berdua... ^__^

Apapun semoga bahagia kekal hingga ke syurga ♥♥♥



Ini bunga untuk Mak




Ini ucapan dari kami anak 2




abah n mak




tanpa mereka siapalah kami




kami




kami




kami

Huhu... klo nak kahwin nnt amik hari public holiday, sebab bile ulangtahun, semua anak2 cuti... lagi meriah bile semua dapat get together... ^_^
posted from Bloggeroid

Thursday, December 27, 2012

Angel

Hi All,

Kepada pembaca yang super duper comel n cute (ok ikhlas tau sebab mood tgh ceria ni :D).
Mulai hari ni sy nak bahasakan diri saya sebagai Ketty... (ingat tau, jgn confused plak nnt)

Cerita 17th & 18th December 2012,

Masih tak terlambat untuk bercerita kan? huhu..
ok Ketty ade attend training course yg kty pilih sendiri, training ni bertajuk Building Today's Profesional Administrative, organise by CX Management Development yang diadakan di Holiday Inn, Glenmarie.

Macam biasa, bila nak g memana tempat yang jauh, ketty akan facing trouble sket. so kene la guna khidmat public transport atau pembantu terdekat.
(Tu la sape suh tak amik driving lesen awal-awal!!! Dush!)
Di pendekkan cite, ketty deal dengan pemandu taxi ni, pagi2 ketty call, die bleh tak angkat tepon.

"Oh My!!! Macam mana ni? Janji pukul 7:30 pagi.. ni dah kol 8pagi... Jem ke tak jalan nak ke sana."
Last skali die balas mesej ketty, die cakap "I tengah make up ni" (Erkk tu la sape suruh deal ngan Nyah)
Sib baek sampai awal, tapi sy tetap buat muka tanak kawan :(

Apa yang ketty nak cite, mase Trainer Mrs Yasotha aka Ms Yassy baru bagi greeting, ketty rasa teruja dengan cara penyampaian die, Ms Yassy selalu senyum, cara bercakap sangat sangat dan sangat kuasa tiga Polite gile.

**Dua tiga menjak ni memang asyik tengok cerita krismas, cam Trading Christmas, Single Santas but the most popular one (erkkk for me)... Christmas Carol. Even cerita versi animasi barbie or movie, jalan ceritanye tetap sama... First memang rasa miss yassy ni terkeluar dari one of the Christmas movie. Tapi bile die cerita tentang kesedaran n cara die sharing cerita n die terima cerita yang kita share, terasa how wonderfull she are... penghujung kelas (hari kedua) ketty bagitau kat ms yassy, the truth from my heart. She's really a wonderful women.. Ms Yassy macam one of the angel dari Christmas Carol Stories. (Can you imagine it?) 

Ms Yassy rasa terharu ngan compliment ketty tu sebab husband die pun panggil die Angel. Kebetulankan?
huhu rasa sweet je.

ni la dia Ms Yassy

Get ready every one!!!

Ciss Gambar Tak Jadi.. HAHA.. T_T

**Moral of the pic story: Do not expect other people know how to use your camera. *_*

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Taro datang membantu


Friday, December 14, 2012

Lagu Untuk Penipu | Harimau Malaya VS Gajah Putih

Assalamuakaikum dan Hi semua...

Hari ni perlawanan bola kedua antara Harimau Malaya & Gajah Putih di rumah Sang Gajah Putih..

Permainan Sang Harimau menjadi lemah apabila pengadil Sang Kuda Oppa Gannam Stlye telah memberi kad merah kepada pemain Sang Harimau, kasihan layu je harimau apabila semngat mereka di permainkan oleh Pengadil yang nampak agak berat sebelah....

maka penuh la entri di pesbuk cuba menolak/memboikot/membenci si kaki yg cuba menipu.... iaitu si pengadil, dengan menolak fenomena terkenal "K dhash POP"..

Sang gajah berjaya membaca kelemahan sang harimau, lalu mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol, ternyata taktik ini berjaya..Dengan kemenangan 2-0. sang harimau kelihatan sangat tidak bermaya dan sang gajah bisa menari2 di atas padang hijau itu.. keh keh keh...

Alangkah kurang sopan apabila kerakusan sang gajah yg menghimpit, menerajang kumpulan sang harimau beramai2 seperti 3 lawan satu.. dan menendang muka si penjaga gol sang harimau, walaupun bola telah di peluk beliau.. kesian harimau.

Apapun semoga Sang harimau terus berusaha untuk ke piala2 seterusnya...


Inilah Sang Harimau



Cakap pasal penipu, slalunya berkaitan dengan feeling...
memandangkan kita ni manusia biasa, kadang2 terfeeling tu mmg menjadi lumrah hidup... nasihat sy, klo nk feeling mcm mna pun jgn la melampau2.

Walhal, sy tgh mnangis... meraung kut td (sorang2)
Bila rsa harapan sy dgn si dia tdk mungkin kesampaian...
....... knp ye???......

Well jodoh bukan di tgn kita. Segalanya milik Allah. Mungkin sy rsa ssdikit down hari ni disebabkn waktu period da semakin dkt.. tak mcm slalu sy tabah... ceh wah.. :P

Jadi dalam masa yang sama, sy nak femeskan jgak lagu dinyanyikan oleh si Amir Hariz yg berjudul Penipu

Sy bukan nak kata tone die yg sedap ke tak sedap.. tapi isi tersurat kat lirik dia... tak berkias2..
Kepada penipu2 di luar sana... taubatlah.. sebelum terlambat, jgn menganiaya org. Doa org teraniaya ni cepat makbul tau.

*redha itu ikhlas, pasrah tu menyerah*

Jom dengar jom...

https://www.youtube.com/watch?v=H9R6-Is_PWE&feature=youtube_gdata_player


Ini pula Gajah Putih
Gajah putih di anggap suci oleh setengah masyarakat terutama india, burma, kemboja dan Thailand. Kos penjagaannya amat mahal kerana penjaganya kne mnyediakan makanan yang khas untuk gajah putih dan penyediaan tempat untuk menyembah sang gajah. (gila)

posted from Bloggeroid

Wednesday, December 12, 2012

Ini cerita 12.12.2012

Salam... hi semua...

Hari ini ramai yg bercakap pasal tarikh 12.12.2012..



Wow!!! Tarikh ni jatuh pada hari bekerja, hari rabu... so xkan la ade org nak buat majlis kahwin kut kan???

Tapi takkan la takda yg menarik tentang tarikh azimat ni dalam hidup korang?
So sy pun nak kongsi apa yg sy buat on 12.12.2012

8:00 - baru nak start mandi, pergi keje jalan kaki.
Sy memilih skirt putih bunga chocolate + inner cream + cardigan ikat depan
+ brown base black shawl.

8:30 - start kuar umah, memulakan langkah. TAPI... dalam hati ni rasa ade yg tak kne...
Adakah itu blues selepas cuti public holiday semalam (hari keputeraan Sultan
Selangor ^_^ Daulat tuanku)

9:00 - Macam biasa tiap2 pagi makan nasi lemak kerang (dengan harapan nk berisi)
Mulakan kerja mcm biasa kebiziannya...
Tetiba kuar lagu SHAE di radio online milik hot.fm yang berjudul "Sayang".
SUKENYEEEE!!!!

10:00 - macam biasa, takda apa2 idea utk di posted di FB.. maka FB ku kelam gitu.
Tapi ternampak post dr rakan gila2 sewaktu dengannya dahulu... dah kahwin da
orangnya.. die post :::::

12.12.2010 kami d masjid gombak, 12.12.2011 kami d hspital sg buloh, 12.12.2012, sorg ke office, sorg lg tdo d rumah..blk ni, sorg d rumah, sorg lg ke tmpat keje.. Begitulah kehidupan.. Selamat ulang tahun perkahwinan syg.. Semoga ikatan ini. Sentiasa kekal sehingga ke akhir hayat. Terima kasih sbb sudi menerima kami. seadanya... I love youu n youu so muchhh darlingggg...



Epilog sebuah cinta Diqmas Teah

P/s: so sweet... semoga bahagia ke anak cucu

12:30 - tetiba Abg Din (senior kat tmpt keje) kata
"Dah sume... masa utk mkn"

"Eh! Abg Din awal lagi la... baru pkul 12:30" Ana menyampuk tanda fhm beno la si
Si abg Din ni kuat mengusik.

"Haha... saje nk test korang ni ingat mkn tak?" Balas Abg Din.

....opsss ni da mcm buat assignment je... haha... ^o^ dialog skema

12:45 - "Warggggghhhh, ni Abg Din punye pasal la ni, kan da lapar.... aduss lambatnye
masa...."

Serius lapar waktu tu... haha.. terus kne bahan dgn dorg...

1:00 - wahhh masa utk mkn... bertiga, Ana + Khaty + Izzah
Menu: Nasi Ayam + bubur cha cha ( cha cha dance... haha) + sky juice suam... ahaks..

2:00 - Golfer : Hi khaty, nnt sy nk jumpe kamu, kmu mkn dulu
Khaty. : Sure boleh. Ok nnt sy cari Dato
Ana. : Siapa tu khaty? Sedap suaranya...
Khaty. : namanya Dato Ahmad Fuad Dahalan.
Ana. : tak mcm dato, simple.. yg paling penting suaranya sedap
Khaty. : suara die mcm Jamal Abdillah kan... haha
Izzah. : apa nama lagu Jamal yg guna nama ppuan?
Khaty. : ntah ! Ni kut... (mula merepek... berdekah2 ktorg ketawa sampailah....)
Izzah. : Azura lah....
Khaty. : (meniru nada Jamal... )... ye Azura, sy nk bangun dulu, berjumpa dengan
Azura... hahaha

7:00 - di pendekkan cite, Agent insurans dr Etiqa call, baru2 ni sy ade request plan
pesaraan, mmg sy ni da concern pasal insurans, so utk plan pesarasn ni... sy buat
utk tambah duit KWSP selepas umur 55 tahun.

TAPI!!!!!!!!


JENG! JENG! JENG!

*ku sangkakan panas berpanjangan.... rupanya gerimis.. rupanya gerimis
mengundang... oOOooOOoo.. <nyanyi plak *_^'>

Ingatkan nak hantar polisi... tapi ade plak di kata saya ade rekod, mempunyai
Tumor!!!!!

APA????? TUMOR?...



Maaflah, mcm mna plak bleh dpt rekod mcm tu.., sedangkan sy tak pnh buat
operation kat kepala... kat breast pernah lah...HOW COULD IT BE?..

Nauzubillah... elakkan... klo sakit kepala pun sbb masalah mata rabun n silau...

Ok takpe nnt sy clearkn perkara ni... ok..kata agent tersebut

Masa tu tgh berjalan kaki balik... tetibe teringat pagi tadi yang tak sedap hati..
Mungkinkah ini??
Tak, yang ni nyata tersilap!
Tetibe khayal... ooo mungkinkah musibah len nk dtg...
Sy kepitkan beg sy rapat2... tanda AWAS..!!!

Kosong fikiran, singgah 99 Speedmart, beli clorox lemon... nk buat basuh telekung
Lalu balik.,, n terus update blog...


Weiiii panjangnyeeee... Rajin tol... hahaha... ^o^

Pengajarannya: apa pun yg berlaku... telah di takdirkan, kita hanya perlu bijak menggunakan otak untuk berfikir dan menwiskan (twist) apa yg terlintas/terjadi pada diri kita samaada emosi dan mental... ^^ teruskan ceria ya!!!
posted from Bloggeroid

Sunday, December 09, 2012

♡HB3153 DESIGNER BAG♡

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Hari ni sy nk post barang untuk di jual; hopefully u guys like it... ^__^




MATERIAL: QUALITY PU LEATHER
LENGHT : 35CM
WIDTH : 13CM
HEIGHT : 30CM
BOTTOM WIDTH : 13CM
HANDLE HEIGHT : 12CM

Price: RM63.00 RM58.00 
Availability: In Stock
Model: HB3153 DESIGNER BAG - COFFEE
Weight: 1.20kg




MATERIAL: QUALITY PU LEATHER
LENGHT : 35CM
WIDTH : 13CM
HEIGHT : 30CM
BOTTOM WIDTH : 13CM
HANDLE HEIGHT : 12CM

Price: RM63.00 RM58.00
Availability: In Stock
Model: HB3153 DESIGNER BAG - KHAKI
Weight: 1.20kg





Kat dalam die mcm ni..

::Tips muda mudi::
well beg ni agak sederhana besar n stylo jgak untuk di gayakan dgn skinny jeans n top. Biar mnyerlah sket.
Tambah plak pakai sunglasses besar. Sesuai untuk outing. ♡ it!!!
posted from Bloggeroid

Saturday, December 08, 2012

Sume Kerna Jawatan Kosong

Salam semua... seperti yang di janjikan dalam last post.. ini cerita tentang resume terbaru sy..

well da lama tak apply keje... sijil pun lupe letak mana. resume pun entah ke mana. Macam biasa bukan susah nak buat tapi nak mulakan tu yg bercinta skit. huhu...

truuuuuttttt.... truuuutttt (tepon opis berbunyi)
seorang wanita menanyakan jawatan kosong di opis sy..
Tak sampai hati nak kata tak da...

"maaf ye dik.. yang ade post utk f&b section je" saya cuba membatalkan niat beliau

"bahagian opis takde ke?"tanya beliau

"ok lah mcm ni... awak faxkan kat sy resume awak, biar sy review dulu qualification awak"
saya cube membantu.

"email tak boleh ke kak?"request lagi dari beliau

"boleh jgak" sy memang suka deal by email utk keep that conversation as prove...

PLUP!!! one email comin....

butang download di tekan... Eh aku punye resume tak buat lagi... Y not i use this resume asmy template... maka secara tak sengaja... siap lah resume kamik... dalam tempoh 15 minit... kwang kwang kwang...


^____^

Today outfit: wearing a gray denim pants + a big shirt of green colour + a yellow with black polka dot scarf + brown transparent handbag... with a full of red + pink base item inside...


n today status: if u r feeling and looking great ur eyes will shine & sparkle
                            if u r sad & lonely ur eyes will give u away every yime :D

Friday, December 07, 2012

Angkara Tersalah Cinta

Assalamualaikum,


.
Sejak 2 menjak ni, saya kne tinggal sendirian.. mula2 mmg tak biasa... habis sume lampu di pasang. (2 hari je ye...) . pastu da ok da... cume kerap balik rumah subang... (umah mak)

tapi sejak kes sentap ngan somebody hari tu, hari2 jadi sad je... terpikir sana, terpikir sini, sumenye nak negative je... sampai jatuh sakit...

last jatuh sakit bile my bos amik org baru... replace tmpt sy... oh my God.. nampak sgt aku tak perform... tp sbnrnya sbb kje aku berlambak.. walaumacam mana pun... tak de la sedih sgt.. last month aku dapat extra income... sampai RM8k.. Alhamdulillah... wang bukan segala2nya.. tapi segala2nya memerlukan wang. maka sy spend kan sket duit tu utk penerimaan anugerah, yang selebihnya sy labur pada yg memerlukan...


di sebabkan akaun kedua2 bank sy da cukup cantik.. maka terlintas lah di fikiran ni untuk membeli sebuah kereta.. tapi kne pk jangka masa panjang... ape la model kete yg paling jimat dan berbaloi...

berbalik pada situasi duduk sendirian tadi... sebenarnya ade jgak mase2 duduk kat umah (malam) rasa tak dapat tido... maka waktu ni yg menjadi peneman saya.. adalah... the sim dalam galaxy note 10.1 dengan you tube.. dgn youtube ni la sy curi2 tengok movie.. malay movie tau..

Semalam sy baru tonton cerita "tersalah cinta" tak thu ape kne mengena tajuk dgn cite tu.. tapi cite tu kire ok la jgak...
 Tersalah Cinta TV3

^_^ motip:satu hari ni rasa mcm masih dalam mood drama tu... mood baiiiikkk je. sakit hati ke? bengang ke? mood ni tetap rasa cam flawless je... berbunga2.. sampaikan balik jalan kaki hari ni sume org senyum kat saya balik.. i dun know... sape yg senyum dulu.. saya atau mereka2... btw.. hari ni rasa ringan sgt... kaki, baju, tudung n beg.. sume rasa ringan.. mcm sy ni tengah terbang di awang awangan... cop!!! tambah sket.. hari ni balik lambat tau...haaaaa.. pasai pa tu ye???

kat tempat kje plak... mcm biasa... kesibukan kegangguan.. lagi2 bile kerja yg tak perform well tu da di "trace"... sy bnyak pending job je... tapi sume bleh siap jgak.. cume klo bleh jgn buat mcm sy ye.. klo rasa tak dapat siapkan... ingat tulis.. n give date line... masukkan dalam organizer... please buat organizer tu comel2 n colourfull... supaya life korank tak boring kay...

::extra ke happian bile resume sy da siap.. huhu.. well.. bila dah ade organizer... bru bleh buat kje...

ape pun nnt continue story pasal resume ni... on next post
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jana Pendapatan Sekarang!