Pages

Saturday, June 29, 2013

Buffet Ramadhan di Kelab Golf Seri Selangor

Syukur Alhamdulillah
Sekarang da hampir penghujung Syaaban, sekali lagi kita dapat bertemu semula dengan Ramadhan,
bulan islam yang kita sering rindui, kali ini pada tahun 1434 Hijrah.

Sebut pasal berbuka puasa..
Erm kat mane ye kita nak makan?
Nak makan ape ye nanti?


Ia berdekatan dengan Kota Damansara, Ikea, Tropicana, Ara Damansara, 
(Daerah Petaling)

Jom nikmati buffet ramadhan citarasa Ala Kampung dengan Kambing Golek & Satay yang
urrrmmmmm pasti nak datang lagi
 hanya di 

Kelab Golf Seri Selangor

Dapatkan harga buffet ramadhan dengan hanya
RM40nett* Dewasa
RM20nett* Kanak-kanak

*Untuk membuat tempahan sebelum 10 July 2013



KELAB GOLF SERI SELANGOR
Persiaran Damansara Indah, Off Persiaran Tropicana
47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Malaysia


 ^_^
Cepat2 hubungi ketty di 013-320 5200; Dapatkan harga early bird untuk tempahan awal sebelum tarikh 10 July 2013

Thursday, April 11, 2013

Masalah Perbalahan

Klo dulu ayat yg biasa digunakan mungkin
"aku boleh hidup tanpa (nama orang yang kita tak suka tu)"

Mungkin kadang2 kita nak fikir positif, kita akan cakap....
"Tanpa mereka siapalah aku? Bagaimanakah aku sekarang dan akan dtg?"

Mungkinkah orang yang kita MARAH!!! BENCI!!! itu pernah berjasa:
Tolong menjaga, tolong memasak, tolong menyediakan, tolong berkongsi cerita dan pengalaman...
Pernah tak dia menolong kita.... Ya Allah, mesti pernahkan...?

Pernahkah kita berterima kasih pada dia? Pernah kita menghargai dia?

Ok pada sebelah pihak lagi, kita pasti kenang.... SAMPAI nya HATI si polan itu
mengkhianati/mengata/mencaci/tidak menghargai...Kita..
Apakah kita ini betul2 JAHAT sampai mcm ni skali hukuman yg di beri.

Saudara saudari pembaca yang di hormati sekalian,
kty ini orang biasa yg berhati halus. Klo kty tgok tv pun boleh sedih2..
inikan pula berlaku dalam realiti...

Tapi sekadar menjadi renungan bersama

Kite tak payah cakap pasal orang la. Kita cakap pasal kita...
Ini soal respect, soal appreciate, soal sacrifie, soal forgivenes, soal relationship, dan soal communication.

Apa untungnya berbalah? Selain sakit hati.

Respect/menghormati
Mana2 agama, bangsa dan budaya pasti ajar cara2 menghormati org kan. Org takkan hormat kita klo kita x hormat dia. Tak kira lah kita ni muda atau tua... klo tak da jugak... ia lebih teruk dari orang utan.

Appreciate/hargai
Tolonglah, rasanya masing2 pernah berkorban pasti mahu sedikit penghargaan terhadap pengorbanan yg dilakukan secara zahir. Apa la salahnya hargai mereka yang pernah berkorban untuk kita pula. Ucapkan lah terima kasih, senyum bila jumpa, bantu apa yang perlu, dll

Sacrifie/pengorbanan
Pengorbanan bukan dilakukan oleh org yg lebih tua je tapi yang muda pun sama.. tak kira umur. Bukan dalam bentuk nilai wang, harta benda tapi boleh jadi kudrat. Contohnya Berusaha memiliki sesuatu untuk dihadiahkan kepada ibu bapa

Forgivenes/kemaafan
Apa salahnya beralah, turunkan ego, memohon maaf dan memaafkan, bukan senangkan nak maafkan orang. Bila da maafkan, die bleh plak buat lagi... tapi itulah ujian kita. Turunkan ego mu. Pohonlah ampun. (Klo da di maafkan tu ~ tolonglah sedar diri sket)

Relationship/hubungan
Jangan lah kita memutuskan hubungan silaturahim. Siapalah kita untuk menghukum orang. Kalau da memang tak bleh nak jumpa, at least jangan lah sampai istihar perang. Buatlah dengan cara berhemah. Nasihat saya, ending dgn salam maaf. Lepas tu duduk dalam bilik pengasingan.. haha.. bukan la.. elakkan berlaku perbalahan lagi buat masa terdekat. So pergilah bercuti bertenang, pergi kuliah agama, baca Quran, solat sunat taubat dan mcm2 lagi.

Communication/komunikasi
Ini adalah yang paling utama, walaupun bisu dan buta... komunikasi itu pasti ada.. klo tak da jgak ia lebih teruk dari bisu dan buta...
Apa lah salahnya settlekan awal2 masalah komunikasi korang jgn biar lama2 dalam hati... nanti bernanah.. tu yg bleh punah hubungan.. katakan lah termarah, so cakap lah "maaflah tadi salah faham". Klo nak minta buat kerja sama2, cakap lah "awak tolong sy ye nanti...?" Yang membalasnya pun.. tolong lah sgt2 jaga komunikasi ni..

Kalau kita da cuba yang terbaik dalam sume aspek ni... satu je perkara yang kty nak kongsi



::Berdoa lah kita yang terbaik buat hubungan silaturahim ni. Amin
posted from Bloggeroid

Tuesday, April 09, 2013

Refresh - 5 perkara sebelum 5 perkara

Hai semua,

Lama da kty x berblogger.. ok kty serius busy.. tapi kali ni kty cube spent kan masa utk wrote up ape yg terlintas...

Ok 1st disebabkan masalah kerja yg melambak.. i've to become more profesional.
2 days kty take leave sbb nk settle lesen n masalah stress i think cuz kty rsa kty ade masalah period yg x menentu lately...

2nd masalah time management.. bila balik umah pun da lambat... umah ni da jd cam hotel plak.. sian umah... kty suka cantikkan umah.. tp x da masa... soon ye... (closet arrangement pun nmpk mess)

3rd masalah kesihatan.. kty hrp sgt kty x skip amik breakfast, eating buah n sayur2... da gile low paras antibody badan kty... ulser mulut kerap plak menyinggah...hopefully kty dpt nasihat doktor... (*last time da kne marah)

Ok mungkin bnyak lagi... ape2 pun... kty nk make sure everything goes smooth... settle before the time... cuz klo sume ni tak siap... diri x terjaga... everything nmpk messy... walhal sedikit.. kite cube la selesaikan sebelum apa2 yang buruk berlaku... so kite kne check blik what the mess yg buat kite dok penin hari2. Semoga kita dapat selesaikan masalah duniawi kita sebelum dipanggil Tuhan. ITULAH 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Untuk selesaikan semua yg diatas:

-Kite kne bertenang dulu
-Solat sunat taubat
-Mohon padaNya agar di beri ketabahan, agar di beri kesihatan, agar di beri kelapangan agar di beri kesempatan, di beri kebijaksanaan
-Sering mendengar ayat2 suci Al Quran
-Solat fardhu tepat pada masanya
-research cara2 mendekatkan diri pada Allah untuk ketenangan kita
-research cara2 manage mase/barang2 untuk time management/organiser ur item
-research cara2 untuk berdisplin dgn cara yg ingin di gunakan
-praktikal cara2 tersebut dalam tempoh at least 30days berturut2. NO EXCUSES

InsyAllah semuanya akn lebih teratur.

Thats y kty call it as Refresh..

Kawan2, ade tambahan untuk peringatan buat kty dan kawan2... jgn lupa ye seimbangkan jasmani dan rohani kita... pastikan kita masih ingat akan janji kita sebelum di lahirkan kedunia ini. Kita perlu hidup untuk beribadah kepadaNya, kita perlu sujud kepadaNya. Jadi, carilah jalanNya dan seiringkan dengan kehidupan kita di muka bumi ini.



posted from Bloggeroid

Tuesday, January 08, 2013

Cerita Tentang Smart Phone ♥♥

Ok ni cerita di Maybank lagi...

Kebetulan da g bank, ingat nak tukar kad bank dari kad yg takda visa debit kad kepada yang ada debit kad visa. Ala platinum gitu... Dulu kad warne kuning sekarang kad warne merah kelabu siap ade buah epal. Dengar cite ade lak kad bank mechester united. Jom view ^_^

Di pendekkan cerita, adelah sorang makcik ni menunggu dengan anaknye yang agak berumur 20-an.. hokay,, muda dari ketty kut :P

Bile anak die ke kaunter, makcik tu tanpa segan silu terus menegur n bercerita kepada ketty.

"Makcik heran ngan anak makcik, p habiskan duit dalam bank semata-mata untuk game. Makcik tak tau da nak cakap pa da.. lah ni nak g check akaun last transaction katanya. Duit da habis. Baru nak beringat. Ish ish ish. Bank negara pun dah pesan jangan bagi kat orang nombor akaun. Ish makcik tak paham bena la..." sambil mengeleng-gelengkan kepala tanda kecewa dengan gaya hidup anaknya.

Ketty pun senyum dan berkata "anak muda makcik, esok makcik cakap la kat die yang die buat tu tak berfaedah. Klo die beli untuk download full version Al-Quran ke ok la..."

"Ooo makcik pun ade Al-Quran digital bleh baca dalam bahasa thai lagi.. bila tukar bahasa thai. Keluarlah ayat-ayat pelik... kih kih kih" tambah makcik tu lagi, ternyata die suka bercerita rupenya... pesanan terakhir makcik tu sebelum pergi "jaga diri ye nak" T_T thanks makcik.

Hokay!!! Para pembaca sekalian, mesti kebanyakan awak semua telah menggunakan smart-phone yang mempunyai application-application canggih yang di download. Kepada pengguna i-phone n smart phone android. Tahniah! sebab anda telah membeli telefon yang mempunyai multi-fuction yang membolehkan anda berfacebook, blogging, whatsApp, menonton youtube, melayari internet, memuat turun application seperti game online dan sebagainya. Namun masih ada yang memakai telefon jenis lama. The famous one - ala yang ade tourch light tu harga pun RM80. Hanphone tu ok jgak, berguna waktu memerlukan tourch light and sesuai untuk sesiapa yang suka menggunakan button timbul berbanding kebanyakkan telefon smart sekarang menggunakan touch-screen. (Kepakaran menaip laju klo guna handphone ade button ni, tak pandang pun tak pe ^.^)

Tapi kalau dah asyik bermain game tu jangan la plak asyik membeli game2 yang "ala game je kut bukannye baju ke? Makanan ke? Buat ape beli bende yang tak berfaedah" melainkan anda dah cukup mampu untuk membayar kos realiti dan fantasi ini..

Ish ish ish... budak2 zaman sekarang!

Ok semua.. saya nak pergi kerja, ada macam2 idea lagi ni.. kite jumpe next post. Muahhh ^_^

"Pagi yang indah, kini sudah terang, aku adik mu, dan engkau abang.... lalalala" ops kenapa ketty nyanyi lagu ni...
posted from Bloggeroid

Seronok Melabur di ASB

Hari ni ketty nak bercerita tentang Amanah Saham Bumiputera atau lebih di kenali sebagai ASB.

Bijak Dahulu Bijak Sekarang

Pagi ni ketty ke bank untuk buat withdrawal ASB di Maybank. Ketty decide untuk buat sejumlah pengeluaran dan wang tu ketty gunakan untuk membayar nilai pinjaman ASB secara terdahulu (in advance) - amik! ayat akaun yang keluar. ^_^ . So ketty tak perlu menanggung sejumlah bayaran pada bulan2 seterusnya. Tapi untuk lebih selamat, wang tunai tersebut telah ketty transferkan terus ke akaun Maybank ketty. So ketty berjaya mengeluarkan wang ASB dan memasukkan jumlah tersebut ke akaun Maybank tanpa perlu memegang helaian duit tersebut (lakukan di bank yang ade akaun anda sahaja. CEPAT & SELAMAT!!)

Ok back to the future, bulan 10 tahun 2011 yang lepas. Ketty telah menandatangani (ayat sejarah plak. Hihi) perjanjian pinjaman ASB bersama easyRHB. Ok easy ni.. memang cepat lulus.. just perlu IC n record KWSP. On that day, on 15 minutes, awak dah bisa jadi PENGHUTANG kepada sebuah PELABURAN.

Apa yang bestnye tentang ASB ni?
Setiap hujung tahun, kadar peratus pelaburan akan di umumkan dan kadar minima adalah sebanyak 8% dari nilai principal (pelaburan)

Cara caruman
Pelabur boleh melabur menggunakan wang sendiri atau mencarum menggunakan skim pinjaman yang disediakan oleh pihak bank.

Bank yang terlibat
Malayan Banking Berhad
RHB berhad
CIMB Berhad
Pejabat pos

Bagaimana cara mendaftar
Hanya perlu bawa IC, jari untuk cop jari dan pen untuk tandatangan. Daftar lah di bank2 yang terlibat dengan pendahuluan serendah RM10 (kut).

Kenapa pinjaman ASB
1. Sebab anda akan dapat satu nilai principal yang lebih tinggi
2. Pembayaran kadar pinjaman yang fixed dan sangat flexible (lepas 2 tahun anda bleh jual balik / tutup akaun)
3. Pembayaran maksimum selama 25 tahun

Kelebihan ASB
1. Seperti pelaburan lain, pelabur inginkan keuntungan yang terjamin
2. Hukum melabur di ASB telah di haruskan oleh majlis Fatwa
3. Dapat membantu ketika kite berada dalam kesesakan.
4. Salah satu cara menyimpan dan mendidik kite menyimpan

Ok selama 1 tahun ketty mula melabur sebanyak RM60k (secara loan), kali ni pihak Maybank berbesar hati untuk mengalu2kan penambahan sebanyak RM40k lagi (secara loan lagi)..
Tapi niat drastik ni terpaksa di tangguh sebab saya nak beli kereta.... (weiii lesen ketty lum lulus lagi...)

Nasihat ketty: tak rugi klo amik ASB ni, tapi klo da amik.. kne pastikan bayar loan dulu.. bagi yang belum amik, klo nak amik jgak... amik dgn maybank. Opsss sorry.. bukan promote lebih.. sebab bayaran bulanannya yang lebih rendah cume amik masa 2 minggu untuk lulus.

Happy melabur ye dear ^_^
posted from Bloggeroid

Monday, December 31, 2012

Tutorial Blog | Tips Edit Blog

Terima kasih sebab masuk ke laman sesawang ketty ni. Ramai yang tertanya-tanya macam mana nak bagi blog nampak menarik. Sebenarnya apa yang yang kita perlu buat adalah, menghias dan menyusun item-item yang di perlukan di dalam blog awak. Apa pun awak perlu merancang dulu sebelum mulakan.

Ok hari ni (30 Dec 2012) ketty nak buat sedikit perubahan dalam blog ketty. Kalau awak nak buat macam ketty. Jom teruskan bace TIPS ni ^_^

First of all, awak kene amik masa yang lapang dan tenang untuk mengubah (edit) blog awak.

Kedua, awak review apa yang tak kene kat blog awak, macam biasa perempuan memang selalu nak ubah kedudukan perabot kat dalam rumah. Jadi kali ni, kite ubah kedudukan atau tambah perabot/perhiasan baru dalam blog awak.

Ni ghupe lama blog ketty :P (kih kih kih... serius sempoi)



  Ni mukadimah, cam biasa - kene ade nuffnang pastu klo bleh ade gadget2 comel, yang tengah-tengah tu, pic resolusi besar, which it memang sesuai untuk jadi "cover page".


opss sorry tak adjust lepas print screen, doubling pic plak..
ok nampak ye kat situ ade second nuffnang. pastu ofcuz page, title, date n isi kandungan. 
tak tahu korang suka tak? :I

Welcoming Picture


Facebooking


senarai post yang popular



 last skali senarai coretan. ketty mula menaip sebelum ade blog lagi. Once ade mase baru ketty post.
bermula dengan post Hari Pertama Di Tadika pada April 11, 2010..  
Tahun 2011 mula menyepi sebab masalah facility tak lengkap.



Hokay!!! Ape yang kite nak ubah?


Yang ketiga, Ketty kene tengok tutorial dari rakan-rakan blog lain, tutorial ni kty dapat dari Ms Amirah Zulhijjah, beliau dah sharekan beberapa tutorial yang menarik.. so jom jengok-jengok blog dorang...

Yang Keempat, ketty kne apply satu-satu bermula dari

Blogger template
Sidebar
Font
Floating Image
Facebook
Tweeter
Instagram
Cute Icon & Glitter Icon
Others

Dan SIAP.... ^_^

 Hokay ~ Tepat jam 12 malam 31/Dec/2012 - Blog ketty telah siap di edit, hanya beberapa touch up ringan yang kene tambah lagi.


Opsss my birthday.. bukak FB je...

Wish
Wish
Wish


Thank you Dear. Thank you so Much.

*kak izat n abg zu je yg jga malam ni... so dorg je yg wish secara life..

::To FB Friend and Kak Izat n Abang Zu::

Friday, December 28, 2012

Ulang tahun perkahwinan Abah dan Mak ♥ 1971 - 2012

Salam ♥♥♥

Sekarang kita berada di penghujung tahun, cerita tunang dan kahwin berterabur di sana sini sepanjang bulan December ni. Well apa yang menarik dengan bulan December dalam hidup ketty? Jom tengok checklist ni

♥02 Dec - Majlis akikah anak buah ketty (Muhammad Qhalif Qusyairy)
♥03 Dec - Majlis perkahwinan kawan baik dgn bdak satu kelas jgak (Nur Nadia Mastura n Asyraff Effendi)
♥13 Dec - Ulangtahun hari lahir abang (Amali)
♥23 Dec - kawan kolej/house n roomate kahwin (Pika & Paan)
♥25 Dec - Bukan krismas tapi Ulang tahun perkahwinan Mak n Abah
♥31 Dec - Hari ulangtahun kelahiran ketty ^.^ (nak hadiah yeee)

Ok tapi kali ni ketty nak highlight cerita Malam Krismas ^_^

Atas permintaan ayahanda Ketty, En Kasiran a.k.a Wak Kasiran, kami di minta mengumpulkan para ahli keluarga untuk memeriahkan majlis makan2 menyambut ulangtahun yang ke 41 buat ayahanda dan bonda ketty.

Flashback:
"Abah, 26 tahun n mak 16 tahun, di jodohkan oleh mak angkat mak yang kebetulan masa tu adalah kakak angkat abah. Abah suka merantau, abah tak pernah nampak mak, sampai satu hari mereka di kenen kan, abah setuju dan mak pun setuju. Alhamdulillah pada 25 December 1971, abah dan mak di satukan, cinta selepas nikah ini telah di kurniakan seramai 15 cahaya mata walaupun 4 telah menyambut seruan Illahi. "

Mujur 24 hb tu kty da amik cuti, lepas blajar memandu, ketty terus pergi Giant cari Pretty Petals, trus order sejambak bunga... (mmmmmm wanginya bunga rose ni... ^..^) -> sebelum tu cari barang untuk di masak -> sementara menunggu bunga siap di gubah, ktorg jalan2 cari hadiah...
Imaginasi ketty sume anak2 bagi hadiah kat mak n abah mcm ktorg ni Santas on the Anniversary Day. ♡.♡

Selesai je kat Giant, simpan barang tanpa pengetahuan mak n abah... n then petang tu ketty sambung blajar kete ngan pemandu tak bertauliah, berambut perang, konon dari korea, mujur muka mcm anak cina, c adik yang lagi tinggi dari si kakak... (tak heran sebab ko lelaki).. itulah die pozi.
Haha topik driving kali ni... 3 penjuru ngan parking.. (masih cuak tak amik penilaian lagi)

Malam tu kakak n kakak ipar keluar lagi, dorang plak nk beli present. Abah tnya dorg pergi mana, kite bgtau... dorg beli barang dapur.. "kot".
Bile dorg balik, kakak beli satu je lilin wangi.. rasa nak lagi.. terus kirim lagi 3... esok dorg pergi beli...

25th - pagi2 dah kne pergi driving skool. Kali ni kelas terakhir... blajar sampai berpeluh2, pastu stereng ketat sampai jari jemari ketty rasa melecet.. fuhhh.. kadang rasa fed-up sebab tak faham apa yg die nak... kite nak buat sendiri. Ofcuz la kite ni baru... adik slalu perli klo ketty tanya.. "kenapa kene pusing habis?" Cube lah jawab sebab kite nak bagi kedudukan die straight. Klo takat pusing habis tapi kedudukan die salah. Kompem2 kuar nanti pun problem kan...

Balik je, siap2 utk masakan malam plak.. ni yg time supprise ni... menu kami :

♥spaghetti
♥roti telur sos salad
♥french fries
♥chicken drummet
♥chicken nugget
♥anniversary kek + cupcake (tempah kat jiran sebelah 2 pintu dari rumah kami)
♥air teh & air oren

Turut memeriahkan majlis, kami anak beranak (ada yg takda sebab ada hal)

♥Abah n Mak (mestilah kan)
♥K.Marini (kakak sulung, single lagi... ade calon untuk die tak??)
♥Azhar n wife, kak Farah (Just married 4 months ago)
♥Effendi, wife kak Ayu, anak2 c Pika mulut meriah, n Fizo muka slamber
♥Zuhaini n wife Kak Izat (Tukang masak serba boleh♡)
♥A.Hilmi (da nak travel g Australia untuk kutip buah epal♡)
♥Amali (abg yg slalu bg ucapan, Majulah sukan untuk negara)
♥Me (ini ikut susunan tau)
♥Senah + 2 frenz (wafa n shiera) -dorg get ready nak balik hostel after event

Tq semua yang hadir. Termasuk orang asing yg sporting, kekawan senah :)

Ok mase nak bawak turun mak, mak memang tak tahu yg ktorg nak buat makan2 untuk die... die turun je, semua orang tepuk tangan... dia pun tepuk skali.. bile die tgok makanan bnyak die nak pergi kat meja... mase tu abah kuarkan bunga... abah bagi bunga tu siap ngan kiss kat pipi. Dah 41 tahun tu.. mak malu2 kucing. Bila tanya da bpe kali dapat bunga. Mak cakap baru pertama kali.. lepaa tu acara makan2.. lepas makan abah keluar g majlis makan2 kat umah imam kat area taman tu. Balik dari rumah imam, baru abah bukak hadiah... apalagi.. suka lah mereka berdua... ^__^

Apapun semoga bahagia kekal hingga ke syurga ♥♥♥



♥Ini bunga untuk Mak ♥




♥Ini ucapan dari kami anak 2♥




♥abah n mak♥




♥tanpa mereka siapalah kami♥




♥kami♥




♥kami♥




♥kami♥

Huhu... klo nak kahwin nnt amik hari public holiday, sebab bile ulangtahun, semua anak2 cuti... lagi meriah bile semua dapat get together... ^_^
posted from Bloggeroid

Thursday, December 27, 2012

Angel

Hi All,

Kepada pembaca yang super duper comel n cute (ok ikhlas tau sebab mood tgh ceria ni :D).
Mulai hari ni sy nak bahasakan diri saya sebagai Ketty... (ingat tau, jgn confused plak nnt)

Cerita 17th & 18th December 2012,

Masih tak terlambat untuk bercerita kan? huhu..
ok Ketty ade attend training course yg kty pilih sendiri, training ni bertajuk Building Today's Profesional Administrative, organise by CX Management Development yang diadakan di Holiday Inn, Glenmarie.

Macam biasa, bila nak g memana tempat yang jauh, ketty akan facing trouble sket. so kene la guna khidmat public transport atau pembantu terdekat.
(Tu la sape suh tak amik driving lesen awal-awal!!! Dush!)
Di pendekkan cite, ketty deal dengan pemandu taxi ni, pagi2 ketty call, die bleh tak angkat tepon.

"Oh My!!! Macam mana ni? Janji pukul 7:30 pagi.. ni dah kol 8pagi... Jem ke tak jalan nak ke sana."
Last skali die balas mesej ketty, die cakap "I tengah make up ni" (Erkk tu la sape suruh deal ngan Nyah)
Sib baek sampai awal, tapi sy tetap buat muka tanak kawan :(

Apa yang ketty nak cite, mase Trainer Mrs Yasotha aka Ms Yassy baru bagi greeting, ketty rasa teruja dengan cara penyampaian die, Ms Yassy selalu senyum, cara bercakap sangat sangat dan sangat kuasa tiga Polite gile.

**Dua tiga menjak ni memang asyik tengok cerita krismas, cam Trading Christmas, Single Santas but the most popular one (erkkk for me)... Christmas Carol. Even cerita versi animasi barbie or movie, jalan ceritanye tetap sama... First memang rasa miss yassy ni terkeluar dari one of the Christmas movie. Tapi bile die cerita tentang kesedaran n cara die sharing cerita n die terima cerita yang kita share, terasa how wonderfull she are... penghujung kelas (hari kedua) ketty bagitau kat ms yassy, the truth from my heart. She's really a wonderful women.. Ms Yassy macam one of the angel dari Christmas Carol Stories. (Can you imagine it?) 

Ms Yassy rasa terharu ngan compliment ketty tu sebab husband die pun panggil die Angel. Kebetulankan?
huhu rasa sweet je.

ni la dia Ms Yassy

Get ready every one!!!

Ciss Gambar Tak Jadi.. HAHA.. T_T

**Moral of the pic story: Do not expect other people know how to use your camera. *_*

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Taro datang membantu


Friday, December 14, 2012

Lagu Untuk Penipu | Harimau Malaya VS Gajah Putih

Assalamuakaikum dan Hi semua...

Hari ni perlawanan bola kedua antara Harimau Malaya & Gajah Putih di rumah Sang Gajah Putih..

Permainan Sang Harimau menjadi lemah apabila pengadil Sang Kuda Oppa Gannam Stlye telah memberi kad merah kepada pemain Sang Harimau, kasihan layu je harimau apabila semngat mereka di permainkan oleh Pengadil yang nampak agak berat sebelah....

maka penuh la entri di pesbuk cuba menolak/memboikot/membenci si kaki yg cuba menipu.... iaitu si pengadil, dengan menolak fenomena terkenal "K dhash POP"..

Sang gajah berjaya membaca kelemahan sang harimau, lalu mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol, ternyata taktik ini berjaya..Dengan kemenangan 2-0. sang harimau kelihatan sangat tidak bermaya dan sang gajah bisa menari2 di atas padang hijau itu.. keh keh keh...

Alangkah kurang sopan apabila kerakusan sang gajah yg menghimpit, menerajang kumpulan sang harimau beramai2 seperti 3 lawan satu.. dan menendang muka si penjaga gol sang harimau, walaupun bola telah di peluk beliau.. kesian harimau.

Apapun semoga Sang harimau terus berusaha untuk ke piala2 seterusnya...


Inilah Sang Harimau



Cakap pasal penipu, slalunya berkaitan dengan feeling...
memandangkan kita ni manusia biasa, kadang2 terfeeling tu mmg menjadi lumrah hidup... nasihat sy, klo nk feeling mcm mna pun jgn la melampau2.

Walhal, sy tgh mnangis... meraung kut td (sorang2)
Bila rsa harapan sy dgn si dia tdk mungkin kesampaian...
....... knp ye???......

Well jodoh bukan di tgn kita. Segalanya milik Allah. Mungkin sy rsa ssdikit down hari ni disebabkn waktu period da semakin dkt.. tak mcm slalu sy tabah... ceh wah.. :P

Jadi dalam masa yang sama, sy nak femeskan jgak lagu dinyanyikan oleh si Amir Hariz yg berjudul Penipu

Sy bukan nak kata tone die yg sedap ke tak sedap.. tapi isi tersurat kat lirik dia... tak berkias2..
Kepada penipu2 di luar sana... taubatlah.. sebelum terlambat, jgn menganiaya org. Doa org teraniaya ni cepat makbul tau.

*redha itu ikhlas, pasrah tu menyerah*

Jom dengar jom...

https://www.youtube.com/watch?v=H9R6-Is_PWE&feature=youtube_gdata_player


Ini pula Gajah Putih
Gajah putih di anggap suci oleh setengah masyarakat terutama india, burma, kemboja dan Thailand. Kos penjagaannya amat mahal kerana penjaganya kne mnyediakan makanan yang khas untuk gajah putih dan penyediaan tempat untuk menyembah sang gajah. (gila)

posted from Bloggeroid

Wednesday, December 12, 2012

Ini cerita 12.12.2012

Salam... hi semua...

Hari ini ramai yg bercakap pasal tarikh 12.12.2012..



Wow!!! Tarikh ni jatuh pada hari bekerja, hari rabu... so xkan la ade org nak buat majlis kahwin kut kan???

Tapi takkan la takda yg menarik tentang tarikh azimat ni dalam hidup korang?
So sy pun nak kongsi apa yg sy buat on 12.12.2012

8:00 - baru nak start mandi, pergi keje jalan kaki.
Sy memilih skirt putih bunga chocolate + inner cream + cardigan ikat depan
+ brown base black shawl.

8:30 - start kuar umah, memulakan langkah. TAPI... dalam hati ni rasa ade yg tak kne...
Adakah itu blues selepas cuti public holiday semalam (hari keputeraan Sultan
Selangor ^_^ Daulat tuanku)

9:00 - Macam biasa tiap2 pagi makan nasi lemak kerang (dengan harapan nk berisi)
Mulakan kerja mcm biasa kebiziannya...
Tetiba kuar lagu SHAE di radio online milik hot.fm yang berjudul "Sayang".
SUKENYEEEE!!!!

10:00 - macam biasa, takda apa2 idea utk di posted di FB.. maka FB ku kelam gitu.
Tapi ternampak post dr rakan gila2 sewaktu dengannya dahulu... dah kahwin da
orangnya.. die post :::::

12.12.2010 kami d masjid gombak, 12.12.2011 kami d hspital sg buloh, 12.12.2012, sorg ke office, sorg lg tdo d rumah..blk ni, sorg d rumah, sorg lg ke tmpat keje.. Begitulah kehidupan.. Selamat ulang tahun perkahwinan syg.. Semoga ikatan ini. Sentiasa kekal sehingga ke akhir hayat. Terima kasih sbb sudi menerima kami. seadanya... I love youu n youu so muchhh darlingggg...



Epilog sebuah cinta Diqmas Teah

P/s: so sweet... semoga bahagia ke anak cucu

12:30 - tetiba Abg Din (senior kat tmpt keje) kata
"Dah sume... masa utk mkn"

"Eh! Abg Din awal lagi la... baru pkul 12:30" Ana menyampuk tanda fhm beno la si
Si abg Din ni kuat mengusik.

"Haha... saje nk test korang ni ingat mkn tak?" Balas Abg Din.

....opsss ni da mcm buat assignment je... haha... ^o^ dialog skema

12:45 - "Warggggghhhh, ni Abg Din punye pasal la ni, kan da lapar.... aduss lambatnye
masa...."

Serius lapar waktu tu... haha.. terus kne bahan dgn dorg...

1:00 - wahhh masa utk mkn... bertiga, Ana + Khaty + Izzah
Menu: Nasi Ayam + bubur cha cha ( cha cha dance... haha) + sky juice suam... ahaks..

2:00 - Golfer : Hi khaty, nnt sy nk jumpe kamu, kmu mkn dulu
Khaty. : Sure boleh. Ok nnt sy cari Dato
Ana. : Siapa tu khaty? Sedap suaranya...
Khaty. : namanya Dato Ahmad Fuad Dahalan.
Ana. : tak mcm dato, simple.. yg paling penting suaranya sedap
Khaty. : suara die mcm Jamal Abdillah kan... haha
Izzah. : apa nama lagu Jamal yg guna nama ppuan?
Khaty. : ntah ! Ni kut... (mula merepek... berdekah2 ktorg ketawa sampailah....)
Izzah. : Azura lah....
Khaty. : (meniru nada Jamal... )... ye Azura, sy nk bangun dulu, berjumpa dengan
Azura... hahaha

7:00 - di pendekkan cite, Agent insurans dr Etiqa call, baru2 ni sy ade request plan
pesaraan, mmg sy ni da concern pasal insurans, so utk plan pesarasn ni... sy buat
utk tambah duit KWSP selepas umur 55 tahun.

TAPI!!!!!!!!


JENG! JENG! JENG!

*ku sangkakan panas berpanjangan.... rupanya gerimis.. rupanya gerimis
mengundang... oOOooOOoo.. <nyanyi plak *_^'>

Ingatkan nak hantar polisi... tapi ade plak di kata saya ade rekod, mempunyai
Tumor!!!!!

APA????? TUMOR?...



Maaflah, mcm mna plak bleh dpt rekod mcm tu.., sedangkan sy tak pnh buat
operation kat kepala... kat breast pernah lah...HOW COULD IT BE?..

Nauzubillah... elakkan... klo sakit kepala pun sbb masalah mata rabun n silau...

Ok takpe nnt sy clearkn perkara ni... ok..kata agent tersebut

Masa tu tgh berjalan kaki balik... tetibe teringat pagi tadi yang tak sedap hati..
Mungkinkah ini??
Tak, yang ni nyata tersilap!
Tetibe khayal... ooo mungkinkah musibah len nk dtg...
Sy kepitkan beg sy rapat2... tanda AWAS..!!!

Kosong fikiran, singgah 99 Speedmart, beli clorox lemon... nk buat basuh telekung
Lalu balik.,, n terus update blog...


Weiiii panjangnyeeee... Rajin tol... hahaha... ^o^

Pengajarannya: apa pun yg berlaku... telah di takdirkan, kita hanya perlu bijak menggunakan otak untuk berfikir dan menwiskan (twist) apa yg terlintas/terjadi pada diri kita samaada emosi dan mental... ^^ teruskan ceria ya!!!
posted from Bloggeroid

Sunday, December 09, 2012

♡HB3153 DESIGNER BAG♡

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Hari ni sy nk post barang untuk di jual; hopefully u guys like it... ^__^




MATERIAL: QUALITY PU LEATHER
LENGHT : 35CM
WIDTH : 13CM
HEIGHT : 30CM
BOTTOM WIDTH : 13CM
HANDLE HEIGHT : 12CM

Price: RM63.00 RM58.00 
Availability: In Stock
Model: HB3153 DESIGNER BAG - COFFEE
Weight: 1.20kg




MATERIAL: QUALITY PU LEATHER
LENGHT : 35CM
WIDTH : 13CM
HEIGHT : 30CM
BOTTOM WIDTH : 13CM
HANDLE HEIGHT : 12CM

Price: RM63.00 RM58.00
Availability: In Stock
Model: HB3153 DESIGNER BAG - KHAKI
Weight: 1.20kg





Kat dalam die mcm ni..

::Tips muda mudi::
well beg ni agak sederhana besar n stylo jgak untuk di gayakan dgn skinny jeans n top. Biar mnyerlah sket.
Tambah plak pakai sunglasses besar. Sesuai untuk outing. ♡ it!!!
posted from Bloggeroid

Saturday, December 08, 2012

Sume Kerna Jawatan Kosong

Salam semua... seperti yang di janjikan dalam last post.. ini cerita tentang resume terbaru sy..

well da lama tak apply keje... sijil pun lupe letak mana. resume pun entah ke mana. Macam biasa bukan susah nak buat tapi nak mulakan tu yg bercinta skit. huhu...

truuuuuttttt.... truuuutttt (tepon opis berbunyi)
seorang wanita menanyakan jawatan kosong di opis sy..
Tak sampai hati nak kata tak da...

"maaf ye dik.. yang ade post utk f&b section je" saya cuba membatalkan niat beliau

"bahagian opis takde ke?"tanya beliau

"ok lah mcm ni... awak faxkan kat sy resume awak, biar sy review dulu qualification awak"
saya cube membantu.

"email tak boleh ke kak?"request lagi dari beliau

"boleh jgak" sy memang suka deal by email utk keep that conversation as prove...

PLUP!!! one email comin....

butang download di tekan... Eh aku punye resume tak buat lagi... Y not i use this resume asmy template... maka secara tak sengaja... siap lah resume kamik... dalam tempoh 15 minit... kwang kwang kwang...


^____^

Today outfit: wearing a gray denim pants + a big shirt of green colour + a yellow with black polka dot scarf + brown transparent handbag... with a full of red + pink base item inside...


n today status: if u r feeling and looking great ur eyes will shine & sparkle
                            if u r sad & lonely ur eyes will give u away every yime :D

Friday, December 07, 2012

Angkara Tersalah Cinta

Assalamualaikum,


.
Sejak 2 menjak ni, saya kne tinggal sendirian.. mula2 mmg tak biasa... habis sume lampu di pasang. (2 hari je ye...) . pastu da ok da... cume kerap balik rumah subang... (umah mak)

tapi sejak kes sentap ngan somebody hari tu, hari2 jadi sad je... terpikir sana, terpikir sini, sumenye nak negative je... sampai jatuh sakit...

last jatuh sakit bile my bos amik org baru... replace tmpt sy... oh my God.. nampak sgt aku tak perform... tp sbnrnya sbb kje aku berlambak.. walaumacam mana pun... tak de la sedih sgt.. last month aku dapat extra income... sampai RM8k.. Alhamdulillah... wang bukan segala2nya.. tapi segala2nya memerlukan wang. maka sy spend kan sket duit tu utk penerimaan anugerah, yang selebihnya sy labur pada yg memerlukan...


di sebabkan akaun kedua2 bank sy da cukup cantik.. maka terlintas lah di fikiran ni untuk membeli sebuah kereta.. tapi kne pk jangka masa panjang... ape la model kete yg paling jimat dan berbaloi...

berbalik pada situasi duduk sendirian tadi... sebenarnya ade jgak mase2 duduk kat umah (malam) rasa tak dapat tido... maka waktu ni yg menjadi peneman saya.. adalah... the sim dalam galaxy note 10.1 dengan you tube.. dgn youtube ni la sy curi2 tengok movie.. malay movie tau..

Semalam sy baru tonton cerita "tersalah cinta" tak thu ape kne mengena tajuk dgn cite tu.. tapi cite tu kire ok la jgak...
 Tersalah Cinta TV3

^_^ motip:satu hari ni rasa mcm masih dalam mood drama tu... mood baiiiikkk je. sakit hati ke? bengang ke? mood ni tetap rasa cam flawless je... berbunga2.. sampaikan balik jalan kaki hari ni sume org senyum kat saya balik.. i dun know... sape yg senyum dulu.. saya atau mereka2... btw.. hari ni rasa ringan sgt... kaki, baju, tudung n beg.. sume rasa ringan.. mcm sy ni tengah terbang di awang awangan... cop!!! tambah sket.. hari ni balik lambat tau...haaaaa.. pasai pa tu ye???

kat tempat kje plak... mcm biasa... kesibukan kegangguan.. lagi2 bile kerja yg tak perform well tu da di "trace"... sy bnyak pending job je... tapi sume bleh siap jgak.. cume klo bleh jgn buat mcm sy ye.. klo rasa tak dapat siapkan... ingat tulis.. n give date line... masukkan dalam organizer... please buat organizer tu comel2 n colourfull... supaya life korank tak boring kay...

::extra ke happian bile resume sy da siap.. huhu.. well.. bila dah ade organizer... bru bleh buat kje...

ape pun nnt continue story pasal resume ni... on next post

Monday, July 30, 2012

New Background as New Template


AsSalam, Taraaa... just finish touch up new background.
Now. Rasa mcm nak fix kan je background ni. cuz lepas ni.. I just taip new post only.

Apa kata korang?

Saturday, April 21, 2012

Exam & Assignment

Salam,

Wah lagi sekali... Lame gile tak taip...
So blogger pun dah tukar-tukar cam Facebook gak...

Haha.. Bersaing terus Bersaing... Asalkan baik pada pengguna...

Ok Hari ni sy rasa semakin sempit.. cuz baru balik dari kelas terakhir.. and today is our revision..
for our assignment.. Nasib baik submission die lagi dua bulan... Tapi serius?? ade mase ke?

Abis je discussion, cakap plak pasal exam...

"Your exam will be Multichoices opss Single Choices of A,B,C and D..." sejuk je dengar kan..

"And an essay.... choose one of three questions" Erkkk... boleh ke??

Islamic Banking and Financial Studies ni... boleh tahan { ber KG - KG jgak berat nye }.

Why Rasa Sempit?
Cuz at the same time kne buat kje... n Mengajar...
Both needed for my income...

Harap-harap sy dpt bersabar...
Sebab orang yang sedang belajar tu adalah orang yang sedang berjihad di Jalan Allah (Jihad Fi Sabilillah)


So Chill ................. Tenang-tenang... masih ada masa.

Ingat... Ade orang lain yang lebih sempit dari kita ni... :)

Monday, December 19, 2011

Tolong Sayeeeee~~~~

Salam u olls...

Sorry utk kali ni takda info menarik.
sedih and I feel bad.

Apa yang harus aku lakukan sekarang???

Sharekan kat sy info2 untuk sy hilangkan kesedihan. Dis one antara tips nya.



Baca buku ini.

Semoga perkongsian anda memberi hidayah pada yg lain. InsyAllah.
Im feeling so sad. Tak caye tgokla fb sy. :'(

posted from Bloggeroid

Thursday, December 15, 2011

Bloggeroid - Blog dalam telefon bimbit

Salam,

Hari ni saya xda ape nak share sangat.

By the way, today my first day saya write post guna my samsung galaxy mini. Well, if this post success. Teruja lah daku sambil buat muka bangga camni (^___^).

Jangan jealous u oll boleh guna hp yg ade android as their OS. Find 'bloggeroid' kat market and download. Huhu settle

Semudah ABC kan....




P/s: sume mmg teruja klo pakai gadget baru. Huhu ^.^

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 06, 2011

Jenis perniagaan dari rumah

Salam, 
Saya baru je tender resign letter di sebabkan nak terima program usahawan selama sebulan. Saya dah abis fikir panjang, tetapi program itu di tangguh pada bulan Januari 2012. Memang sedih sebab saya baru melepaskan kerja dan hasil duit makan saya selama sebulan mcm tu je. Apepun saya bersyukur masih mendapat sokongan ramai, terutama dari keluarga saya. Terima kasih semua. Tak kan ada buruk sangka lagi. Korang sume memang terbaik. Di saat saya rasa "down", korang "support". Semoga Allah membalas jasa baik korang.

~ Jadi lepas 4 hari berlalu, saya perlu lakukan sesuatu, saya ada kemahiran, cume bermasalahkan modal, tapi takpe, modal bukan soal yg penting. Perancangan sekarang dan akan datang tu yang penting. So kite proceed kepada lebih detail lagi:

Perniagaan yang boleh dijalankan di rumah bukan semestinya boleh dilakukan oleh semua orang. Anda boleh menjalankan perniagaan anda di rumah walaupun anda seorang kanak-kanak, tua, lelaki atau perempuan. Anda boleh berjaya sekiranya anda mempunyai pelan perancangan, idea, kesihatan dan komitmen yang bersungguh-sungguh. Anda juga boleh berjaya jika mendapat sokongan daripada orang yang berada di sekitar anda.
Contohnya seperti isteri atau suami dan anak-anak atau ibu bapa dan adik beradik yang akan memberikan bantuan dalam bentuk material dan moral. Mereka perlu memahami kerjaya anda dan sentiasa memberikan sokongan.
Kebanyakan orang sebenarnya amat takut untuk memulakan sesuatu lebih-lebih lagi sekiranya mereka mempunyai pekerjaan yang bergaji tetap sebelumnya. Bayangan kegagalan sentiasa bermain di fikiran dan benak mereka. Untuk berjaya anda perlu bersikap terbuka dan yakin di atas apa yang mahu anda lakukan. Anda juga perlu memastikan yang anda benar-benar yakin dan tahu mengenai perniagaan yang akan anda ceburi itu dan telah anda mempelajarinya.
Setiap usaha baru yang dilakukan anda perlu ada perancangan teliti dan membuat perangkaan pendapatan. Jangan jadikan halangan-halangan awal sebagai pembunuh usaha anda. Sudah pastilah anda akan menemui seribu satu macam karenah dan gelagat para pelanggan anda , hal ini biasa berlaku kerana amat mustahil bagi kita memenuhi semua tuntutan mereka.
Pengalaman dan pengetahuan di dalam bidang yang akan anda ceburi nanti juga merupakan satu perkara penting yang akan menjadi ‘guru’ yang amat bernilai kepada anda kelak. Pendedahan juga amat penting untuk perniagaan anda. Tanpa membuat pendedahan dan memperkenalkan perniagaan anda bermakna tiada gunanya usaha anda itu. Pendedahan yang dimaksudkan merupakan satu tugas yang begitu penting di dalam perniagaan anda, dengan lain perkataan ia disebut iklan.
Sebab itulah peniaga yang berjaya selalunya telah memperuntukkan sebahagian besar belanjawannya untuk tujuan promosi dan iklan sahaja. Mereka akan memberitahu dan memperkenalkan perniagaan mereka dengan meluas sekali. Bakal-bakal pelanggan sudah tentu ingin mengetahui apa yang sedang dijalankan dan bagaimana mereka boleh menghubungi anda kelak.
Cara yang murah untuk membuat iklan ialah dengan mengedarkan risalah/flyer perniagaan anda yang lengkap dengan alamat dan nombor telefon bagi memudahkan mereka menghubungi anda. Jika anda mempunyai kemudahan lain seperti mesin faks, komputer dan internet ini boleh menambahkan lagi keupayaan perniagaan anda di mana anda boleh menjalankan perniagaan secara meluas tanpa sempadan.
Gunakan semua kemudahan dan teknologi perhubungan yang ada jika anda mampu bagi meningkatkan perniagaan anda. Pengiklanan di dalam akhbar dan majalah juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan perniagaan anda dengan kos yang agak murah. Kad-kad perniagaan / business card juga penting. Anda boleh dihubungi dan menghubungi pelanggan dengan pelbagai cara, sama ada secara terus, surat menyurat, telefon, faks, e-mel, internet dan sebagainya.
Perniagaan yang boleh anda ceburi tidak terhad bilangannya dan anda boleh memilih berbagai kategori yang ada. Ramai orang yang memulakan perniagaan tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi, sebaliknya mereka maju dan berkembang melalui fizikal dan mental yang kuat serta modal dalam bentuk wang.
Pemasaran yang lebih mudah akan membantu meningkatkan perniagaan anda dengan lebih cepat lagi. Salah satu cara pemasaran yang mudah, cepat dan popular serta tidak memerlukan kemahiran yang tinggi ialah dengan menggunakan kaedah mail order ataupun menggunanakan kaedah urusniaga pos. Di bawah ini disenaraikan sebahagian daripada cara untuk menjalankan perniagaan dari meja makan di rumah anda.

Juru runding perniagaan
Perkhidmatan simpan kira syarikat (akaun)
Perkhidmatan kesetiausahaan
Perkhidmatan recycle (kitar semula)
Clipping service
Collection service
Perkhidmatan faks
Membuat promosi
Juru gambar
Katering
Merawat bunga / tanaman
Broker maklumat
Data sekuriti
Data masuk
Perunding perisian komputer
Guru komputer
Deejay secara kontrak
Promoter jualan
Broker cetakan
Broker hartanah
Broker kenderaan
Mencuci pangsapuri
Hiasan dalaman / Pengubahsuaian rumah
Ejen lelongan / jualan
Melukis papan iklan
Pengacara
Membaiki paip
Membaiki peralatan elektrik
Menaip
Menjahit
Menggubah bunga
Seni mengandam
Mengajar tusyen
Guru masakan
Menjual lauk pauk
Menjual sarapan pagi
Menyewakan bunga-bungaan
Menyewakan pita video
Guru fotografi
Guru jahitan
Guru sulaman / mengait
Guru musik
Guru nyanyian
Guru agama
Guru quran
Ketabiban
Rawatan tradisional
Mendandan rambut
Servis menjawab telefon
Seminar mutu diri
Membaiki motokar
Membaiki motosikal/basikal
Juru runding kewangan
Menyewakan bilik
Perunding perkahwinan
Mengambil gambar perkahwinan dan keluarga
Menyewakan kenderaan
Mencari barangan antik
Jualan secara parti di rumah
Menjual melalui telefon
Perkhidmatan telefon jarak jauh
Perunding pelancongan
Menghantar barang
Membuat cop getah
Mencetak t-shirt
Membuat perabot
Membuat barangan kraf
Membuat kuih muih
Membuat biskut dan pastri
Melukis
Membuat grafik
Membaiki jeans dan pakaian
Membuat dan menjual aksesori wanita
Membuat dan menjual butang, lencana
Menjual cenderahati
Membuat pagar kayu
Menjual kayu api
Menjadi ejen import eksport
Menjual buah-buahan kampung
Menjual sayur-sayuran
Menjual ikan peliharaan
Melukis pelan rumah / bangunan
Menulis buku
Menulis novel
Menulis surat berita / newsletter
Pemberita bebas
Melukis kartun
Menulis artikel
Agensi pekerjaan
Agensi takaful atau insuran kenderaan / lesen / cukai jualan
Menulis surat rasmi
Mengisi borang rasmi
Menulis petisyen
Menerbitkan panduan hartanah
Typesetting
Penterjemah
Proofreading
Editor
p/s: ape pun niat kita mesti satu, kerja/berniaga ini adalah satu ibadah. 
http://buatbisnes.biz/blog/2010/12/memulakan-perniagaan/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jana Pendapatan Sekarang!