Pages

Tuesday, January 08, 2013

Cerita Tentang Smart Phone ♥♥

Ok ni cerita di Maybank lagi...

Kebetulan da g bank, ingat nak tukar kad bank dari kad yg takda visa debit kad kepada yang ada debit kad visa. Ala platinum gitu... Dulu kad warne kuning sekarang kad warne merah kelabu siap ade buah epal. Dengar cite ade lak kad bank mechester united. Jom view ^_^

Di pendekkan cerita, adelah sorang makcik ni menunggu dengan anaknye yang agak berumur 20-an.. hokay,, muda dari ketty kut :P

Bile anak die ke kaunter, makcik tu tanpa segan silu terus menegur n bercerita kepada ketty.

"Makcik heran ngan anak makcik, p habiskan duit dalam bank semata-mata untuk game. Makcik tak tau da nak cakap pa da.. lah ni nak g check akaun last transaction katanya. Duit da habis. Baru nak beringat. Ish ish ish. Bank negara pun dah pesan jangan bagi kat orang nombor akaun. Ish makcik tak paham bena la..." sambil mengeleng-gelengkan kepala tanda kecewa dengan gaya hidup anaknya.

Ketty pun senyum dan berkata "anak muda makcik, esok makcik cakap la kat die yang die buat tu tak berfaedah. Klo die beli untuk download full version Al-Quran ke ok la..."

"Ooo makcik pun ade Al-Quran digital bleh baca dalam bahasa thai lagi.. bila tukar bahasa thai. Keluarlah ayat-ayat pelik... kih kih kih" tambah makcik tu lagi, ternyata die suka bercerita rupenya... pesanan terakhir makcik tu sebelum pergi "jaga diri ye nak" T_T thanks makcik.

Hokay!!! Para pembaca sekalian, mesti kebanyakan awak semua telah menggunakan smart-phone yang mempunyai application-application canggih yang di download. Kepada pengguna i-phone n smart phone android. Tahniah! sebab anda telah membeli telefon yang mempunyai multi-fuction yang membolehkan anda berfacebook, blogging, whatsApp, menonton youtube, melayari internet, memuat turun application seperti game online dan sebagainya. Namun masih ada yang memakai telefon jenis lama. The famous one - ala yang ade tourch light tu harga pun RM80. Hanphone tu ok jgak, berguna waktu memerlukan tourch light and sesuai untuk sesiapa yang suka menggunakan button timbul berbanding kebanyakkan telefon smart sekarang menggunakan touch-screen. (Kepakaran menaip laju klo guna handphone ade button ni, tak pandang pun tak pe ^.^)

Tapi kalau dah asyik bermain game tu jangan la plak asyik membeli game2 yang "ala game je kut bukannye baju ke? Makanan ke? Buat ape beli bende yang tak berfaedah" melainkan anda dah cukup mampu untuk membayar kos realiti dan fantasi ini..

Ish ish ish... budak2 zaman sekarang!

Ok semua.. saya nak pergi kerja, ada macam2 idea lagi ni.. kite jumpe next post. Muahhh ^_^

"Pagi yang indah, kini sudah terang, aku adik mu, dan engkau abang.... lalalala" ops kenapa ketty nyanyi lagu ni...
posted from Bloggeroid

Seronok Melabur di ASB

Hari ni ketty nak bercerita tentang Amanah Saham Bumiputera atau lebih di kenali sebagai ASB.

Bijak Dahulu Bijak Sekarang

Pagi ni ketty ke bank untuk buat withdrawal ASB di Maybank. Ketty decide untuk buat sejumlah pengeluaran dan wang tu ketty gunakan untuk membayar nilai pinjaman ASB secara terdahulu (in advance) - amik! ayat akaun yang keluar. ^_^ . So ketty tak perlu menanggung sejumlah bayaran pada bulan2 seterusnya. Tapi untuk lebih selamat, wang tunai tersebut telah ketty transferkan terus ke akaun Maybank ketty. So ketty berjaya mengeluarkan wang ASB dan memasukkan jumlah tersebut ke akaun Maybank tanpa perlu memegang helaian duit tersebut (lakukan di bank yang ade akaun anda sahaja. CEPAT & SELAMAT!!)

Ok back to the future, bulan 10 tahun 2011 yang lepas. Ketty telah menandatangani (ayat sejarah plak. Hihi) perjanjian pinjaman ASB bersama easyRHB. Ok easy ni.. memang cepat lulus.. just perlu IC n record KWSP. On that day, on 15 minutes, awak dah bisa jadi PENGHUTANG kepada sebuah PELABURAN.

Apa yang bestnye tentang ASB ni?
Setiap hujung tahun, kadar peratus pelaburan akan di umumkan dan kadar minima adalah sebanyak 8% dari nilai principal (pelaburan)

Cara caruman
Pelabur boleh melabur menggunakan wang sendiri atau mencarum menggunakan skim pinjaman yang disediakan oleh pihak bank.

Bank yang terlibat
Malayan Banking Berhad
RHB berhad
CIMB Berhad
Pejabat pos

Bagaimana cara mendaftar
Hanya perlu bawa IC, jari untuk cop jari dan pen untuk tandatangan. Daftar lah di bank2 yang terlibat dengan pendahuluan serendah RM10 (kut).

Kenapa pinjaman ASB
1. Sebab anda akan dapat satu nilai principal yang lebih tinggi
2. Pembayaran kadar pinjaman yang fixed dan sangat flexible (lepas 2 tahun anda bleh jual balik / tutup akaun)
3. Pembayaran maksimum selama 25 tahun

Kelebihan ASB
1. Seperti pelaburan lain, pelabur inginkan keuntungan yang terjamin
2. Hukum melabur di ASB telah di haruskan oleh majlis Fatwa
3. Dapat membantu ketika kite berada dalam kesesakan.
4. Salah satu cara menyimpan dan mendidik kite menyimpan

Ok selama 1 tahun ketty mula melabur sebanyak RM60k (secara loan), kali ni pihak Maybank berbesar hati untuk mengalu2kan penambahan sebanyak RM40k lagi (secara loan lagi)..
Tapi niat drastik ni terpaksa di tangguh sebab saya nak beli kereta.... (weiii lesen ketty lum lulus lagi...)

Nasihat ketty: tak rugi klo amik ASB ni, tapi klo da amik.. kne pastikan bayar loan dulu.. bagi yang belum amik, klo nak amik jgak... amik dgn maybank. Opsss sorry.. bukan promote lebih.. sebab bayaran bulanannya yang lebih rendah cume amik masa 2 minggu untuk lulus.

Happy melabur ye dear ^_^
posted from Bloggeroid

Monday, December 31, 2012

Tutorial Blog | Tips Edit Blog

Terima kasih sebab masuk ke laman sesawang ketty ni. Ramai yang tertanya-tanya macam mana nak bagi blog nampak menarik. Sebenarnya apa yang yang kita perlu buat adalah, menghias dan menyusun item-item yang di perlukan di dalam blog awak. Apa pun awak perlu merancang dulu sebelum mulakan.

Ok hari ni (30 Dec 2012) ketty nak buat sedikit perubahan dalam blog ketty. Kalau awak nak buat macam ketty. Jom teruskan bace TIPS ni ^_^

First of all, awak kene amik masa yang lapang dan tenang untuk mengubah (edit) blog awak.

Kedua, awak review apa yang tak kene kat blog awak, macam biasa perempuan memang selalu nak ubah kedudukan perabot kat dalam rumah. Jadi kali ni, kite ubah kedudukan atau tambah perabot/perhiasan baru dalam blog awak.

Ni ghupe lama blog ketty :P (kih kih kih... serius sempoi)



  Ni mukadimah, cam biasa - kene ade nuffnang pastu klo bleh ade gadget2 comel, yang tengah-tengah tu, pic resolusi besar, which it memang sesuai untuk jadi "cover page".


opss sorry tak adjust lepas print screen, doubling pic plak..
ok nampak ye kat situ ade second nuffnang. pastu ofcuz page, title, date n isi kandungan. 
tak tahu korang suka tak? :I

Welcoming Picture


Facebooking


senarai post yang popular



 last skali senarai coretan. ketty mula menaip sebelum ade blog lagi. Once ade mase baru ketty post.
bermula dengan post Hari Pertama Di Tadika pada April 11, 2010..  
Tahun 2011 mula menyepi sebab masalah facility tak lengkap.



Hokay!!! Ape yang kite nak ubah?


Yang ketiga, Ketty kene tengok tutorial dari rakan-rakan blog lain, tutorial ni kty dapat dari Ms Amirah Zulhijjah, beliau dah sharekan beberapa tutorial yang menarik.. so jom jengok-jengok blog dorang...

Yang Keempat, ketty kne apply satu-satu bermula dari

Blogger template
Sidebar
Font
Floating Image
Facebook
Tweeter
Instagram
Cute Icon & Glitter Icon
Others

Dan SIAP.... ^_^

 Hokay ~ Tepat jam 12 malam 31/Dec/2012 - Blog ketty telah siap di edit, hanya beberapa touch up ringan yang kene tambah lagi.


Opsss my birthday.. bukak FB je...

Wish
Wish
Wish


Thank you Dear. Thank you so Much.

*kak izat n abg zu je yg jga malam ni... so dorg je yg wish secara life..

::To FB Friend and Kak Izat n Abang Zu::

Friday, December 28, 2012

Ulang tahun perkahwinan Abah dan Mak ♥ 1971 - 2012

Salam ♥♥♥

Sekarang kita berada di penghujung tahun, cerita tunang dan kahwin berterabur di sana sini sepanjang bulan December ni. Well apa yang menarik dengan bulan December dalam hidup ketty? Jom tengok checklist ni

♥02 Dec - Majlis akikah anak buah ketty (Muhammad Qhalif Qusyairy)
♥03 Dec - Majlis perkahwinan kawan baik dgn bdak satu kelas jgak (Nur Nadia Mastura n Asyraff Effendi)
♥13 Dec - Ulangtahun hari lahir abang (Amali)
♥23 Dec - kawan kolej/house n roomate kahwin (Pika & Paan)
♥25 Dec - Bukan krismas tapi Ulang tahun perkahwinan Mak n Abah
♥31 Dec - Hari ulangtahun kelahiran ketty ^.^ (nak hadiah yeee)

Ok tapi kali ni ketty nak highlight cerita Malam Krismas ^_^

Atas permintaan ayahanda Ketty, En Kasiran a.k.a Wak Kasiran, kami di minta mengumpulkan para ahli keluarga untuk memeriahkan majlis makan2 menyambut ulangtahun yang ke 41 buat ayahanda dan bonda ketty.

Flashback:
"Abah, 26 tahun n mak 16 tahun, di jodohkan oleh mak angkat mak yang kebetulan masa tu adalah kakak angkat abah. Abah suka merantau, abah tak pernah nampak mak, sampai satu hari mereka di kenen kan, abah setuju dan mak pun setuju. Alhamdulillah pada 25 December 1971, abah dan mak di satukan, cinta selepas nikah ini telah di kurniakan seramai 15 cahaya mata walaupun 4 telah menyambut seruan Illahi. "

Mujur 24 hb tu kty da amik cuti, lepas blajar memandu, ketty terus pergi Giant cari Pretty Petals, trus order sejambak bunga... (mmmmmm wanginya bunga rose ni... ^..^) -> sebelum tu cari barang untuk di masak -> sementara menunggu bunga siap di gubah, ktorg jalan2 cari hadiah...
Imaginasi ketty sume anak2 bagi hadiah kat mak n abah mcm ktorg ni Santas on the Anniversary Day. ♡.♡

Selesai je kat Giant, simpan barang tanpa pengetahuan mak n abah... n then petang tu ketty sambung blajar kete ngan pemandu tak bertauliah, berambut perang, konon dari korea, mujur muka mcm anak cina, c adik yang lagi tinggi dari si kakak... (tak heran sebab ko lelaki).. itulah die pozi.
Haha topik driving kali ni... 3 penjuru ngan parking.. (masih cuak tak amik penilaian lagi)

Malam tu kakak n kakak ipar keluar lagi, dorang plak nk beli present. Abah tnya dorg pergi mana, kite bgtau... dorg beli barang dapur.. "kot".
Bile dorg balik, kakak beli satu je lilin wangi.. rasa nak lagi.. terus kirim lagi 3... esok dorg pergi beli...

25th - pagi2 dah kne pergi driving skool. Kali ni kelas terakhir... blajar sampai berpeluh2, pastu stereng ketat sampai jari jemari ketty rasa melecet.. fuhhh.. kadang rasa fed-up sebab tak faham apa yg die nak... kite nak buat sendiri. Ofcuz la kite ni baru... adik slalu perli klo ketty tanya.. "kenapa kene pusing habis?" Cube lah jawab sebab kite nak bagi kedudukan die straight. Klo takat pusing habis tapi kedudukan die salah. Kompem2 kuar nanti pun problem kan...

Balik je, siap2 utk masakan malam plak.. ni yg time supprise ni... menu kami :

♥spaghetti
♥roti telur sos salad
♥french fries
♥chicken drummet
♥chicken nugget
♥anniversary kek + cupcake (tempah kat jiran sebelah 2 pintu dari rumah kami)
♥air teh & air oren

Turut memeriahkan majlis, kami anak beranak (ada yg takda sebab ada hal)

♥Abah n Mak (mestilah kan)
♥K.Marini (kakak sulung, single lagi... ade calon untuk die tak??)
♥Azhar n wife, kak Farah (Just married 4 months ago)
♥Effendi, wife kak Ayu, anak2 c Pika mulut meriah, n Fizo muka slamber
♥Zuhaini n wife Kak Izat (Tukang masak serba boleh♡)
♥A.Hilmi (da nak travel g Australia untuk kutip buah epal♡)
♥Amali (abg yg slalu bg ucapan, Majulah sukan untuk negara)
♥Me (ini ikut susunan tau)
♥Senah + 2 frenz (wafa n shiera) -dorg get ready nak balik hostel after event

Tq semua yang hadir. Termasuk orang asing yg sporting, kekawan senah :)

Ok mase nak bawak turun mak, mak memang tak tahu yg ktorg nak buat makan2 untuk die... die turun je, semua orang tepuk tangan... dia pun tepuk skali.. bile die tgok makanan bnyak die nak pergi kat meja... mase tu abah kuarkan bunga... abah bagi bunga tu siap ngan kiss kat pipi. Dah 41 tahun tu.. mak malu2 kucing. Bila tanya da bpe kali dapat bunga. Mak cakap baru pertama kali.. lepaa tu acara makan2.. lepas makan abah keluar g majlis makan2 kat umah imam kat area taman tu. Balik dari rumah imam, baru abah bukak hadiah... apalagi.. suka lah mereka berdua... ^__^

Apapun semoga bahagia kekal hingga ke syurga ♥♥♥



♥Ini bunga untuk Mak ♥




♥Ini ucapan dari kami anak 2♥




♥abah n mak♥




♥tanpa mereka siapalah kami♥




♥kami♥




♥kami♥




♥kami♥

Huhu... klo nak kahwin nnt amik hari public holiday, sebab bile ulangtahun, semua anak2 cuti... lagi meriah bile semua dapat get together... ^_^
posted from Bloggeroid

Thursday, December 27, 2012

Angel

Hi All,

Kepada pembaca yang super duper comel n cute (ok ikhlas tau sebab mood tgh ceria ni :D).
Mulai hari ni sy nak bahasakan diri saya sebagai Ketty... (ingat tau, jgn confused plak nnt)

Cerita 17th & 18th December 2012,

Masih tak terlambat untuk bercerita kan? huhu..
ok Ketty ade attend training course yg kty pilih sendiri, training ni bertajuk Building Today's Profesional Administrative, organise by CX Management Development yang diadakan di Holiday Inn, Glenmarie.

Macam biasa, bila nak g memana tempat yang jauh, ketty akan facing trouble sket. so kene la guna khidmat public transport atau pembantu terdekat.
(Tu la sape suh tak amik driving lesen awal-awal!!! Dush!)
Di pendekkan cite, ketty deal dengan pemandu taxi ni, pagi2 ketty call, die bleh tak angkat tepon.

"Oh My!!! Macam mana ni? Janji pukul 7:30 pagi.. ni dah kol 8pagi... Jem ke tak jalan nak ke sana."
Last skali die balas mesej ketty, die cakap "I tengah make up ni" (Erkk tu la sape suruh deal ngan Nyah)
Sib baek sampai awal, tapi sy tetap buat muka tanak kawan :(

Apa yang ketty nak cite, mase Trainer Mrs Yasotha aka Ms Yassy baru bagi greeting, ketty rasa teruja dengan cara penyampaian die, Ms Yassy selalu senyum, cara bercakap sangat sangat dan sangat kuasa tiga Polite gile.

**Dua tiga menjak ni memang asyik tengok cerita krismas, cam Trading Christmas, Single Santas but the most popular one (erkkk for me)... Christmas Carol. Even cerita versi animasi barbie or movie, jalan ceritanye tetap sama... First memang rasa miss yassy ni terkeluar dari one of the Christmas movie. Tapi bile die cerita tentang kesedaran n cara die sharing cerita n die terima cerita yang kita share, terasa how wonderfull she are... penghujung kelas (hari kedua) ketty bagitau kat ms yassy, the truth from my heart. She's really a wonderful women.. Ms Yassy macam one of the angel dari Christmas Carol Stories. (Can you imagine it?) 

Ms Yassy rasa terharu ngan compliment ketty tu sebab husband die pun panggil die Angel. Kebetulankan?
huhu rasa sweet je.

ni la dia Ms Yassy

Get ready every one!!!

Ciss Gambar Tak Jadi.. HAHA.. T_T

**Moral of the pic story: Do not expect other people know how to use your camera. *_*

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Taro datang membantu


Friday, December 14, 2012

Lagu Untuk Penipu | Harimau Malaya VS Gajah Putih

Assalamuakaikum dan Hi semua...

Hari ni perlawanan bola kedua antara Harimau Malaya & Gajah Putih di rumah Sang Gajah Putih..

Permainan Sang Harimau menjadi lemah apabila pengadil Sang Kuda Oppa Gannam Stlye telah memberi kad merah kepada pemain Sang Harimau, kasihan layu je harimau apabila semngat mereka di permainkan oleh Pengadil yang nampak agak berat sebelah....

maka penuh la entri di pesbuk cuba menolak/memboikot/membenci si kaki yg cuba menipu.... iaitu si pengadil, dengan menolak fenomena terkenal "K dhash POP"..

Sang gajah berjaya membaca kelemahan sang harimau, lalu mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol, ternyata taktik ini berjaya..Dengan kemenangan 2-0. sang harimau kelihatan sangat tidak bermaya dan sang gajah bisa menari2 di atas padang hijau itu.. keh keh keh...

Alangkah kurang sopan apabila kerakusan sang gajah yg menghimpit, menerajang kumpulan sang harimau beramai2 seperti 3 lawan satu.. dan menendang muka si penjaga gol sang harimau, walaupun bola telah di peluk beliau.. kesian harimau.

Apapun semoga Sang harimau terus berusaha untuk ke piala2 seterusnya...


Inilah Sang Harimau



Cakap pasal penipu, slalunya berkaitan dengan feeling...
memandangkan kita ni manusia biasa, kadang2 terfeeling tu mmg menjadi lumrah hidup... nasihat sy, klo nk feeling mcm mna pun jgn la melampau2.

Walhal, sy tgh mnangis... meraung kut td (sorang2)
Bila rsa harapan sy dgn si dia tdk mungkin kesampaian...
....... knp ye???......

Well jodoh bukan di tgn kita. Segalanya milik Allah. Mungkin sy rsa ssdikit down hari ni disebabkn waktu period da semakin dkt.. tak mcm slalu sy tabah... ceh wah.. :P

Jadi dalam masa yang sama, sy nak femeskan jgak lagu dinyanyikan oleh si Amir Hariz yg berjudul Penipu

Sy bukan nak kata tone die yg sedap ke tak sedap.. tapi isi tersurat kat lirik dia... tak berkias2..
Kepada penipu2 di luar sana... taubatlah.. sebelum terlambat, jgn menganiaya org. Doa org teraniaya ni cepat makbul tau.

*redha itu ikhlas, pasrah tu menyerah*

Jom dengar jom...

https://www.youtube.com/watch?v=H9R6-Is_PWE&feature=youtube_gdata_player


Ini pula Gajah Putih
Gajah putih di anggap suci oleh setengah masyarakat terutama india, burma, kemboja dan Thailand. Kos penjagaannya amat mahal kerana penjaganya kne mnyediakan makanan yang khas untuk gajah putih dan penyediaan tempat untuk menyembah sang gajah. (gila)

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jana Pendapatan Sekarang!