Selepas sorang-sorang bertanyakan, KENAPA anda tidak bekerja ~ lalu ku nyatakan aku sakit.. sakit ape??? Macam2...
Masih tak percaya??? Sila Tengok Sendiri gambar tak berajah di bawah ~~ mau explain ye???
gambar tersebut petikan dari sumber bernama handphone sabun [nokia 6620] milik ku ~gambar tersebut merupakan gambar tangan la... tangan siapa?? takkan tangan org lain kot... ofcuz la tangan ku... di cucuk jarum berkali2 kerana nurse itu suke2 nak cucuk.. huhu
Bukan la!! cerita sebenarnya pada Dec'2008 saya telah mangesan ketulan di bahagian kiri 'breast' saya (lebih sopan di sebut di sini) ketika itu saya berkerja di RESORTS WORLD BERHAD sebagai Account Assistant.
Selepas mendapat khidmat nasihat doktor klinik panel tersebut, saya telah meneruskan khidmat doktor pakar di HOSPITAL PANTAI PANDAN INDAH, buat kali pertamanya saya menjalankan pembedahan [2 hours after visit] dan tanpa memberitahu atau menunggu mane2 ahli keluarga kerana risau tentang pembayaran kos pembedahan yang mungkin agak mengejutkan saya jugak selepas pembedahan. Lalu saya di tempatkan di bilik RM150, di mana hanya 2 katil dan saya seorang yang bermalam pada malam itu ~
Check Out~ bagai hotel masa untuk check out... kos pembedahan kecil tersebut hanya RM3626.11 di tanggung oleh Company RWB tetapi sehingga RM3500 sahaja, yang lebih saya kene bayar balik ~
Payah!!! saya mula mencari agent insurans.. tetapi sayang ~~ "BREAST" saya tak dapat di cover oleh pihak insurans lagi~~ TERLAMBAT SUDAH... tapi saya teruskan polisi tersebut dengan pengecualian pada bahagian tersebut..
Mana tahu setahun selepas itu, pada Dec'2009 saya mengesan terdapat sekali lagi lump yang was2 tersebut di sisi lain kiri 'BREAST' saya..
Lalu pembedahan kedua di lakukan dan kosnya RM3900.00 [bagaimana??]
kos semakin meningkat???
Bukan itu sahaja, saya juga mengaami infection dari pembedahan tersebut.. dimana tekak saya sakit..
disebabkan tiub bius gagal dimasukkan ke kerongkong saya dan pendarahan berlaku...
tanpa saya sedari ~ seminggu saya tak dapat menelan dan seminggu saya kesakitan menelan air liur juga..
Lalu pemeriksaan di buat, atas nasihat doktor pakar, saya perlu di tahan di wad kerana saya perlu di beri suntikan seberapa kali untuk menyembuhkan luka dan bengkak...
Apalagi~~ Insurans syarikat da guna sampai limit..
saya tanya kat doktor
" di sebabkan bahagian ini bukan bahagian pengecualian,
boleh saya guna GREAT EASTERN Medical Card??"
Doktor: berapa lama awak amik insurans
saya: 8 bulan
Doktor: saya rasa tak ada masalah tapi perlu tunggu pengesahan GREAT EASTERN
saya akhirnya di masukkan ke wad selama 3 hari 2 malam... dan kos semua ditanggung GREAT EASTERN sebanyak RM2200.00 dan saya hanya perlu membayar nilai tax sebanyak RM25.30 sahaja..
So, pada anda, perlindungan insurans adalah amat perlu, biarpun anda senang atau susah, ia sesuatu yang berbaloi, nak tahu polisi apa yang saya ambil, boleh la tanye saya tanpa segan silu,
019-6495924. KENAPA saya memilihnya kerana ia memenuhi keperluan saya dan terbaik pada saya!!