Pages

Monday, April 12, 2010

Perjalanan

Ianya berlaku pada penghujung bulan February 2010.

Perjalanan ke Ipoh suatu ketika dulu masih dalam ingatan..
Perjalanan itu terasa ringan sekali
Keputusan yang di buat secara tiba-tiba
Harap semuanya berjalan lancar

Namun ku sangkakan panas sampai ke petang
Rupanya hujan renyai-renyai
Titik-titik air menampar cermin bas yang berada di sisi kiri ku
Sambil menikmati lagu dari pembesar suara di dalam bus Pusliner tersebut
Terasa terbuai
Kedengaran suara pemuda India berborak dalam bahasa ibunda mereka,
Yang lain diam membisu kerana nyenyak dalam mimpi seolah-olah di buai oleh gerakan bas.
Dan banyak kerusi kosong..
Aku memilih untuk duduk bersendirian.. sambil menulis…
Sehingga hujan reda………..erk… dan hujan semula…
Kali ini ia menunjukkan kelebatannya seperti seiring dengan lagu rancak yang di mainkan di radio ketika itu….

SubhanAllah…Hujan itu rahmatNya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jana Pendapatan Sekarang!